Belajar Lunooleh DausDK

Disemak pada 29 Sep 2026 · Bukan laman rasmi Luno. · Sumber semua fakta

Changelog

Apa berubah

Perubahan dalam Luno (dari sumber rasmi, dengan pautan fakta) dan kemas kini laman ni. Tarikh bulan sahaja ditulis hari pertama bulan tu bila sumber tak beri hari tepat.

  1. 30 Sep 2026 · LUNO

    Contoh penyelenggaraan berjadual

    Pada 30 Sep 2026, 9:00–10:00 AM UTC, Exchange masuk mod penyelenggaraan dan Instant buy/sell fiat terganggu. Order sedia ada kekal.

    Sumber ›
  2. 29 Sep 2026 · LAMAN NI

    Belajar Luno v1

    Laman dilancarkan: tutorial empat fasa, halaman situasi jarang, kalkulator, senarai syiling, glosari, soalan lazim dan fail fakta. Semua skrin dari app Luno 8.117.1 (iOS).

  3. 25 Sep 2026 · LUNO

    Artikel yuran dan had Malaysia dikemas kini

    Pusat bantuan Luno kemas kini "Luno fees and limits in Malaysia". Semua angka dalam laman ni disemak semula dengan versi ni.

    Sumber ›
  4. 24 Ogos 2026 · LUNO

    Apex League Trading Contest 2026 (Malaysia)

    Apex League Trading Contest 2026 anjuran Luno Malaysia berjalan 24 Ogos hingga 19 Okt 2026, untuk pemastautin Malaysia di Level 3.

    Sumber ›
  5. 31 Jul 2026 · LUNO

    TON jadi GRAM

    Pada 31 Julai 2026, Toncoin (TON) dinamakan semula Gram (GRAM). Baki ditukar 1:1 dan alamat kekal sama.

    Sumber ›
  6. 4 Mei 2026 · LUNO

    Jom Invest Je (Malaysia)

    Giveaway Jom Invest Je berjalan 4 Mei 2026 hingga 23 Ogos 2026, dan dah tamat.

    Sumber ›
  7. 25 Ogos 2025 · LUNO

    MKR jadi SKY

    Selepas 25 Ogos 2025, MKR tak boleh didagang lagi. SKY disenarai menjelang 28 Ogos 2025, dan baki MKR ditukar ke SKY secara automatik.

    Sumber ›
  8. 7 Ogos 2025 · LUNO

    MATIC jadi POL

    Mulai 7 Ogos 2025, app papar POL (contoh POL/MYR) sebagai ganti MATIC.

    Sumber ›
  9. 1 Jul 2025 · LUNO

    E-invoice bulanan bermula

    E-invoice bulanan Luno bermula untuk transaksi Julai 2025.

    Sumber ›
  10. 1 Mei 2025 · LUNO

    FTM jadi S (Sonic)

    Pada Mei 2025, Fantom (FTM) diganti Sonic (S) 1:1 secara automatik.

    Sumber ›
  11. 15 Apr 2025 · LUNO

    Luno & AirAsia rewards (Malaysia)

    Kempen Luno & AirAsia rewards berjalan 15 Apr 2025 hingga 15 Jul 2025, dan dah tamat.

    Sumber ›