Belajar Lunooleh DausDK

Disemak pada 29 Sep 2026 · Bukan laman rasmi Luno. · Sumber semua fakta

Panduan app Luno (crypto) dalam Bahasa Melayu

Screenshot sebenar · 29 Sep 2026

Dari anak bulan sampai purnama.

Panduan Luno Malaysia dalam Bahasa Melayu, guna skrin sebenar dari akaun daus. Mula dari "crypto tu apa", naik ke deposit dan beli pertama, sampai order book, staking, cukai dan API. Pilih fasa korang, ikut langkah satu-satu.

Bukan laman rasmi Luno. Panduan tak rasmi oleh DausDK.

TAKWIM CAJ · 29 SEP 2026

Instant Buy / Sell
2% untuk beli dan 2% untuk jual
Exchange tier 1
taker 0.60% dan maker 0.35%
Deposit FPX
percuma untuk RM100 ke atas, dan dicaj RM1.00 untuk deposit bawah RM100
Withdraw ke bank
RM0.10 setiap withdraw
Semua fakta + sumber ›
Instant Buy/Sell: 2% untuk beli dan 2% untuk jualExchange tier 1: taker 0.60% dan maker 0.35%Deposit FPX & TNG: percuma untuk RM100 ke atas, dan dicaj RM1.00 untuk deposit bawah RM100Withdraw ke bank: RM0.10 setiap withdrawCrypto dalam Luno tidak dilindungi PIDMTiada stablecoin (USDT/USDC) di Luno MalaysiaTukar crypto ke crypto: tiada di Malaysia

Ada masalah sekarang?

Korang kat fasa mana?

Pilih ayat yang paling dekat dengan korang. Setiap satu bawa terus ke tutorial pertama fasa tu.

Simulator

Jangan baca je. Tekan sendiri.

Simulator guna skrin Luno sebenar. Tiada duit bergerak, tiada akaun diperlukan.

Tengok 17 simulator ›

Cara baca setiap screenshot

1A
  • 1
    Bulatan kuning bernombor = tekan atau taip

    Ikut nombor. Kotak kuning mengelilingi butang tanpa menutupnya, jadi korang nampak jelas apa tertulis.

  • A
    Bulatan teal berhuruf = tengok

    Maklumat penting yang korang perlu baca, bukan tekan.

  • Kawasan gelap = abaikan dulu

    Bahagian lain dimalapkan supaya mata terus ke tempat yang betul. Dalam app sebenar semua terang.

  • 🔍
    Tekan gambar untuk besarkan

    Tulisan kecil? Tekan telefon, dia buka skrin penuh.

Orbit tutorial

Empat fasa, satu orbit

Anak Bulan untuk yang baru dengar pasal crypto. Purnama untuk trader yang nak order book dan API. Stesen yang dah dibaca jadi penuh, dan stesen seterusnya bersinar.

Buka orbit penuh ›
  1. FASA 1 · ZERO

    Anak Bulan

    Crypto tu apa, Luno sah ke, halal ke, daftar, verify, kunci akaun hari pertama

  2. FASA 2 · BARU MULA

    Sabit

    Deposit, beli pertama, faham nombor merah, jual, withdraw, masalah log masuk

  3. FASA 3 · GUNA HARIAN

    Separuh

    Exchange lebih murah, staking, hantar & terima crypto, rekod cukai, bundle

  4. FASA 4 · PRO

    Purnama

    Order book, stop-limit, tier fee, API, self-custody, withdraw besar

38 TUTORIAL · ±183 MINIT · DIBACA 0/38

Rujukan

Kod rujukan

Kod rujukan Luno daus: A4GXQJ

  1. Muat turun app Luno dari App Store atau Google Play. Hati-hati: hasil paling atas carian App Store mungkin iklan app lain.
  2. Daftar dan lulus verify identiti.
  3. Dalam app, buka Rewards → Redeem, taip A4GXQJ, tekan Apply code. Kod mesti ditaip sendiri. Buat dalam 30 hari selepas daftar; kalau korang dah deposit atau beli dulu sebelum masukkan kod, korang masih layak asalkan masih dalam 30 hari tu.
  4. Beli crypto bernilai RM250 melalui Luno menggunakan Wallets (Instant Buy), bukan Exchange. Artikel rasmi tulis: "using their Wallets (not the Exchange)". Tip daus: beli sekurang-kurangnya RM260 sekali gus. Caj Instant 2% diambil dari jumlah yang korang beli, jadi kalau korang beli tepat RM250, nilai crypto yang masuk cuma lebih kurang RM245, iaitu bawah syarat RM250.
  5. Ganjaran dalam Bitcoin boleh dituntut 30 hari kemudian di skrin Rewards. Kalau tak dituntut dalam 3 bulan, ganjaran luput.

Jumlah ganjaran untuk korang ikut tahap daus pada masa korang layak, jadi boleh berbeza. Pada 29 Sep 2026, skrin Refer tulis orang baru yang guna kod daus dapat RM75 dalam Bitcoin (banner "up to RM150" dalam app ialah jumlah untuk dua orang, bukan untuk korang seorang). Untuk pelanggan baru sahaja, satu kod seorang. Luno boleh ubah atau hentikan program ni bila-bila masa. Sumber: skrin Refer dan How it works dalam app Luno, artikel rasmi "A guide to earning rewards with Luno" dan terma Rewards and promotions, disemak 29 Sep 2026. Tengok skrin sebenar →

App StoreGoogle Play

Pendedahan: Daus dapat ganjaran rujukan dari Luno kalau korang guna kod daus. Caj dan harga korang tetap sama.

Crypto sangat turun naik dan boleh jatuh banyak dalam masa singkat. Luno berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, tapi crypto bukan deposit bank dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.