Belajar Lunooleh DausDK

Disemak pada 29 Sep 2026 · Bukan laman rasmi Luno. · Sumber semua fakta

Glosari

Glosari

55 istilah, susun ikut abjad. Setiap satu ada pautan ke halaman yang terangkan dengan skrin sebenar.

ARP (Annual Reward Percentage)
Anggaran peratus ganjaran staking setahun. Dalam Luno, ARP yang dipapar dah tolak yuran servis. Berubah setiap hari. Baca ›
Alamat wallet (wallet address)
Rentetan huruf dan nombor untuk terima crypto. Setiap syiling dan rangkaian ada alamat sendiri. Baca ›
API key
Kunci yang benarkan app atau bot lain guna akaun Luno korang ikut permission yang dipilih. Baca ›
Ask
Harga yang penjual minta dalam order book. Baca ›
Bid
Harga yang pembeli tawar dalam order book. Baca ›
Block explorer
Laman web untuk semak status transaksi di blockchain guna hash transaksi. Baca ›
Blockchain
Lejar awam yang merekod transaksi crypto dan tak boleh diubah selepas disahkan. Baca ›
Board (main / high-risk)
Kategori aset Luno Malaysia: main board untuk aset matang; high-risk board untuk memecoin dan token exchange. Baca ›
Bundle
Bakul beberapa syiling yang dibeli sekali gus dan dilaras semula secara berkala. Baca ›
Circuit breaker
Hentian dagangan sementara di Luno Exchange bila harga bergerak terlalu laju. Baca ›
Confirmation
Bilangan blok selepas transaksi dimasukkan ke blockchain. Luno tunggu cukup confirmation sebelum crypto masuk boleh diguna. Baca ›
DAX (Digital Asset Exchange)
Exchange aset digital yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Baca ›
DCA (dollar cost averaging)
Beli jumlah sama secara berkala tanpa kira harga. Dalam Luno, cara automatiknya ialah repeat buy. Baca ›
DRB (Domestic Ringgit Borrowing)
Pinjaman Ringgit dalam negara. Ada kaitan dengan had FEP bila hantar crypto ke luar negara. Baca ›
Dust / dusting
Jumlah crypto yang sangat kecil. Luno kenakan caj pada BTC masuk yang terlalu kecil untuk halang serangan dusting. Baca ›
E-invoice
Invois bulanan dari Luno Malaysia yang senaraikan transaksi dan caj, termasuk SST. Baca ›
ERC-20
Standard token di rangkaian Ethereum. Banyak syiling di Luno dihantar melalui rangkaian ni. Baca ›
FEP (Foreign Exchange Policy)
Dasar Pertukaran Asing Bank Negara. Hantar crypto ke luar negara dikira pelaburan aset asing. Baca ›
FPX
Pindahan online banking terus dari bank Malaysia. Cara deposit utama di Luno. Baca ›
GIRO
Sistem pindahan antara bank. Withdraw Luno dihantar melalui GIRO, bukan pindahan segera. Baca ›
GTC (Good till cancelled)
Order kekal dalam order book sampai diisi atau dibatalkan. Baca ›
Instant Buy / Sell
Beli atau jual terus pada sebut harga Luno, dengan caj lebih tinggi dari Exchange. Baca ›
IOC (Immediate or cancel)
Isi apa yang boleh sekarang; baki order dibatalkan. Baca ›
KYC
Pengesahan identiti (Know Your Customer) yang wajib sebelum boleh berdagang. Baca ›
Layer 1 / Layer 2
Layer 1 ialah blockchain asas (contoh Bitcoin, Ethereum). Layer 2 dibina atas layer 1 untuk transaksi lebih laju dan murah. Baca ›
Limit order
Order dengan harga yang korang tetapkan sendiri. Baca ›
Maker
Order yang menunggu dalam order book dan tambah kecairan. Caj lebih rendah. Baca ›
Market order
Order yang terus diisi pada harga terbaik yang ada. Sentiasa taker. Baca ›
Memo
Kod tambahan untuk kenal penerima di alamat yang dikongsi (contoh ATOM di sesetengah exchange). Baca ›
Network (rangkaian)
Blockchain yang digunakan untuk hantar syiling. Mesti sama di hujung penghantar dan penerima. Baca ›
Order book
Senarai semua order beli dan jual yang menunggu di Exchange. Baca ›
OTC Desk
Perkhidmatan Luno untuk dagangan besar dengan harga penuh disebut di depan. Baca ›
OTP
Kod sekali guna melalui SMS, WhatsApp, emel atau push notification. Baca ›
Passkey
Cara log masuk guna Face ID, cap jari atau PIN telefon, lebih susah dicuri melalui laman palsu. Baca ›
PIDM
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. Tidak melindungi mata wang digital. Baca ›
Post-only
Pilihan limit order yang hanya masuk order book; dibatalkan kalau akan terus padan. Jamin caj maker. Baca ›
Private key / seed phrase
Kunci rahsia wallet sendiri. Siapa pegang, dia kawal aset. Jangan kongsi dengan sesiapa. Baca ›
Private wallet (self-custody)
Wallet yang korang pegang kunci sendiri, contoh MetaMask, Ledger, Trezor. Baca ›
Proof of Reserves
Semakan pihak ketiga bahawa exchange pegang aset pelanggan. Baca ›
Rebalancing
Pelarasan semula berat syiling dalam bundle ikut indeks. Baca ›
Repeat buy
Beli automatik berulang (harian, mingguan, bulanan) dari MYR wallet. Baca ›
Slashing
Penalti rangkaian yang boleh kurangkan crypto yang di-stake. Baca ›
Spread
Beza antara harga ask terendah dan bid tertinggi. Baca ›
SST
Cukai perkhidmatan. Termasuk dalam caj Luno dan dipapar dalam e-invoice. Baca ›
Stablecoin
Crypto yang cuba kekal sama nilai dengan mata wang lain (contoh USDT, USDC). Tiada di Luno Malaysia. Baca ›
Staking
Letak crypto untuk bantu rangkaian proof-of-stake dan dapat ganjaran. Baca ›
Stop-limit
Order yang jadi limit order bila harga cetus (stop price) dicapai. Baca ›
Tag (XRP)
Nombor tambahan pada alamat XRP untuk kenal penerima. Wajib bila hantar ke Luno. Baca ›
Taker
Order yang terus padan dengan order sedia ada. Caj lebih tinggi dari maker. Baca ›
Travel Rule
Peraturan yang wajibkan maklumat penghantar dan penerima dikongsi bila crypto dipindah antara platform. Baca ›
Trusted device
Peranti yang terima OTP log masuk sebagai push notification. Baca ›
Trustee (pemegang amanah)
Pihak yang luluskan setiap withdraw Ringgit Luno Malaysia, ikut peraturan SC. Baca ›
Two-factor authentication (2FA)
Lapisan log masuk kedua guna kod dari app authenticator. Baca ›
Unstake
Keluarkan crypto dari staking. Ada tempoh tunggu ikut rangkaian. Baca ›
VASP / CASP
Penyedia perkhidmatan aset maya (exchange, custodian). Luno hanya benarkan hantar ke VASP yang diluluskan. Baca ›

Bacaan rasmi Luno untuk topik ni

Artikel pusat bantuan Luno (English), disemak 29 Sep 2026. Kalau berbeza dengan halaman ni, ikut artikel rasmi dan beritahu daus.