Belajar Lunooleh DausDK

Disemak pada 29 Sep 2026 Β· Bukan laman rasmi Luno. Β· Sumber semua fakta

FASA ANAK BULAN Β· ZERO Β· 4/8

Muat turun app Luno yang betul (dan pilihan bahasa)

β€œMacam mana nak tahu app ni betul, bukan app tiru? Boleh tukar Melayu tak?”

Cara paling selamat ialah buka App Store atau Google Play sendiri dan cari "Luno". Jangan tekan link dalam WhatsApp, SMS atau iklan media sosial yang kata "download Luno di sini".

Link rasmi yang daus semak: App Store (pembangun Luno Pte Ltd) dan Google Play (pembangun Luno Group Holdings Ltd).

Untuk: Orang yang belum ada app Luno Β· Β±4 minit Β· 5 langkah Β· 5 screenshot sebenar dari akaun daus, 29 Sep 2026 Β· Disemak pada 29 Sep 2026

Fakta ringkas (4)
Pembangun app di App Store
Di App Store, pembangun app Luno ialah Luno Pte Ltd (Β© 2025 Luno Group Holdings Ltd), dalam kategori Finance dengan rating umur 4+
Skrin app Β· 29 Sep 2026
App Luno di Google Play
Di Google Play, pembangun app Luno ialah "Luno Group Holdings Ltd" dengan laman www.luno.com
Halaman rasmi Β· 29 Sep 2026
Bahasa app
App Luno ada empat bahasa: Bahasa Melayu, English (UK), English (US) dan Indonesia
Skrin app Β· 29 Sep 2026
Versi app yang ditangkap
Versi app yang daus tangkap ialah Luno 8.117.1 (iOS), yang dikemas kini 4 hari sebelum 29 Sep 2026
Skrin app Β· 29 Sep 2026

Gambar dari app bahasa English. App korang dalam Bahasa Melayu? Butang sama tempat. Nama BM dalam kurungan diambil dari artikel bantuan Luno versi BM; kalau tiada, daus tulis maksudnya sahaja.

1 = tekan ikut nombor Β· A = tengok bahagian ni Β· kawasan gelap = abaikan dulu

  1. A1
    LANGKAH1/5

    Hasil carian paling atas mungkin iklan app lain

    Cari "luno" dalam App Store. Hasil paling atas dalam gambar ni ialah app lain dengan label Ad (maksudnya iklan). App Luno yang betul muncul bawah dia.

    • Iklan app lain (ada label "Ad")
    • Tekan app Luno (pembangun Luno Pte Ltd) Β· di skrin: tengah, jalur panjang dari kiri ke kanan
  2. AB
    LANGKAH2/5

    Semak nama pembangun dan versi

    Halaman app tunjuk pembangun (DEVELOPER) dan versi terkini. Masa daus tangkap skrin ni, versinya 8.117.1.

    • Pembangun: Luno Pte Ltd
    • Versi app
  3. ABC
    LANGKAH3/5

    Maklumat app: Provider dan Copyright

    Skrol ke bahagian Information (maksudnya maklumat). Provider ialah Luno Pte Ltd dan hak cipta Luno Group Holdings Ltd. Baris Languages sebut app ada bahasa lain selain English.

    • Provider (Pembekal)
    • Bahasa yang ada
    • Hak cipta
  4. 1
    LANGKAH4/5

    Lepas log masuk: buka Settings, tekan Language

    Tekan inisial nama korang di atas kiri Home, pilih Account & Settings (maksudnya akaun & Tetapan), kemudian tekan Language (maksudnya bahasa).

    • Tekan "Language" (maksudnya bahasa) Β· di skrin: bahagian bawah, jalur panjang dari kiri ke kanan
  5. A
    LANGKAH5/5

    Bahasa yang ada

    Senarai bahasa keluar dari bawah: Bahasa Melayu, English (UK), English (US), Indonesia. Terus terang: semua gambar dalam laman ni dari app English, jadi paling senang ikut tutorial kalau app korang pun English. Kalau korang lebih selesa BM, pilih Bahasa Melayu; butang tetap di tempat sama, dan laman ni tulis nama BM dalam kurungan.

    • Pilihan bahasa

Kalau tak jadi

Tak jumpa app Luno dalam kedai app
Pastikan kedai app korang set ke negara Malaysia dan taip "Luno" betul-betul. Nama app yang daus nampak: "Luno: Buy Crypto and US Stocks".
Ada orang hantar link APK atau link muat turun dalam WhatsApp
Jangan buka. Muat turun dari App Store atau Google Play sahaja. Tengok Luno TAK AKAN buat ni.

Bacaan rasmi Luno untuk topik ni

Artikel pusat bantuan Luno (English), disemak 29 Sep 2026. Kalau berbeza dengan halaman ni, ikut artikel rasmi dan beritahu daus.

Crypto sangat turun naik dan boleh jatuh banyak dalam masa singkat. Luno berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, tapi crypto bukan deposit bank dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan. Bukan laman rasmi Luno. Panduan tak rasmi oleh DausDK.