Belajar Lunooleh DausDK

Disemak pada 29 Sep 2026 · Bukan laman rasmi Luno. · Sumber semua fakta

Soalan lazim

87 soalan yang orang tanya tentang Luno

Setiap jawapan berdiri sendiri, dengan sumber dan tarikh. Pautan ke tutorial penuh di bawah setiap jawapan. Disemak pada 29 Sep 2026. Bukan laman rasmi Luno. Panduan tak rasmi oleh DausDK.

Asas & kepercayaan

Kalau Luno Malaysia tutup atau muflis, apa jadi pada crypto aku?

Tiada artikel rasmi Luno yang jawab soalan ni secara khusus, tapi ada tiga perkara yang boleh disahkan. Luno Malaysia berdaftar dengan SC. Setiap withdraw MYR perlu kelulusan akhir pemegang amanah (trustee) sebelum dihantar melalui GIRO, ikut peraturan SC. Aset simpanan Luno diattestasi setiap bulan oleh Moore (Moore Johannesburg) guna kaedah Merkle Tree. Luno sendiri kata ni pelengkap, bukan ganti audit kewangan penuh. Proof of Reserves tu bukti aset ada pada masa semakan, bukan jaminan duit korang kalau syarikat tutup. Untuk kes syarikat tutup, tanya SC atau Luno sendiri. [SEMAK]

Baca penuh › · Sumber: Pemegang amanah (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Proof of Reserves (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Luno ada Proof of Reserves?

Ada. Aset simpanan Luno diattestasi setiap bulan oleh Moore (Moore Johannesburg) guna kaedah Merkle Tree. Luno sendiri kata ni pelengkap, bukan ganti audit kewangan penuh. Ni bukti aset ada pada masa semakan, bukan jaminan duit korang.

Baca penuh › · Sumber: Proof of Reserves (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Crypto dalam Luno halal ke? Coin mana patuh Syariah? Staking patuh Syariah ke?

Pandangan ulama berbeza, dan laman ni tak beri kata putus. Mufti Wilayah Persekutuan, dalam Bayan Linnas Siri 153 (15 Nov 2018), tak benarkan penggunaan Bitcoin masa kini sebagai mata wang. Mufti Selangor, dalam fatwa bertarikh 17 Ogos 2021, kata harus dengan syarat. Senarai syiling patuh Syariah Luno (ikut kajian Majlis Penasihat Syariah SC) ada 12 syiling: BTC, ETH, ADA, XRP, SOL, POL, AVAX, LINK, UNI, ATOM, LTC dan XLM. Staking patuh Syariah di Luno ialah ETH (diperakui Amanie Advisors), serta SOL dan ADA (diperakui Sharlife Sdn. Bhd.). Staking ATOM "has not yet been assessed", iaitu belum dinilai. Rujuk mufti negeri korang untuk keputusan.

Baca penuh › · Sumber: Syiling patuh Syariah (SAC SC, ikut Luno) (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), Staking patuh Syariah (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Pandangan Mufti Selangor (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Akaun

OTP SMS Luno tak sampai, buat apa?

Kalau SMS OTP tak sampai, tunggu satu minit dan tekan RESEND SMS. Semak folder spam atau mesej disekat, dan app penapis mesej (contoh Truecaller). Kalau masih tiada, cuba lagi kemudian atau hubungi support. Luno mungkin hantar OTP melalui WhatsApp sebagai ganti SMS. Mesej tu cuma ada kod nombor, dan nama penghantar bukan "Luno" dan boleh bertukar. Luno tak guna WhatsApp untuk support atau untuk hantar link.

Baca penuh › · Sumber: SMS OTP tak sampai (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), OTP melalui WhatsApp (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Tukar phone, macam mana pindah akaun Luno?

Pasang app Luno di phone baru dan log masuk guna emel dan password yang sama. OTP log masuk dihantar sebagai push notification ke trusted device. Peranti lama boleh dibuang walaupun dah tiada di tangan (korang perlu terima SMS di nombor asal), dan lepas tu OTP dihantar ke emel. Tukar trusted device atau set semula 2FA di phone baru akan tahan hantar crypto dan withdraw tunai selama 48 jam secara automatik; akaun masih boleh diguna.

Baca penuh › · Sumber: Trusted device (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), Tahan 48 jam lepas tukar phone (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Phone hilang dengan authenticator dalam tu, macam mana?

Kunci akaun dulu. Korang boleh kunci akaun sendiri guna link "Lock your account" di bawah mana-mana emel notifikasi Luno. Akaun dikunci 7 hari (beli, jual, hantar, deposit, withdraw dan Exchange dimatikan), dan Luno tak boleh buka kunci lebih awal. Lepas tu pulihkan 2FA. Kalau app authenticator (2FA) hilang, tekan HAVING TROUBLE semasa log masuk, kemudian I can't access my authentication app, kemudian Account recovery. Untuk pulihkan cara ni, korang perlu akses emel utama dan nombor telefon akaun. Cara lain ialah pulihkan app authenticator guna setup key yang korang simpan masa mula-mula set 2FA.

Baca penuh › · Sumber: Kunci akaun sendiri (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Hilang app authenticator (2FA) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Boleh guna Luno masa di luar negara, contohnya masa umrah atau kerja di Qatar?

Boleh, kecuali di negara yang Luno tak sokong. Di negara yang tiada dalam senarai tak disokong, korang boleh guna Luno macam biasa sehingga 3 bulan. Lepas 3 bulan di luar negara tempat korang daftar, korang kena verify semula profil untuk negara baru; kalau tak nak, akaun cuma boleh diguna semula bila korang balik ke negara asal. Luno tak boleh diguna untuk transaksi di 33 negara dan wilayah ni: Afghanistan, Algeria, Bangladesh, Belarus, Burundi, Republik Afrika Tengah, China, Congo, Cuba, Republik Demokratik Congo, Mesir, Eritrea, Ethiopia, Guinea-Bissau, Iran, Iraq, Kuwait, Kyrgyzstan, Lubnan, Libya, Mali, Maghribi, Myanmar, Nepal, Korea Utara, Qatar, Rusia, Somalia, Sudan Selatan, Sudan, Syria, Ukraine dan Yaman. Kalau korang melancong atau pindah ke negara yang Luno tak sokong, korang tak boleh buat transaksi dengan akaun Luno selagi berada di situ. Dana kekal selamat dalam wallet, dan fungsi akaun pulih bila korang keluar dari negara tu. Kalau pindah terus ke negara tu, support boleh bantu withdraw sekali gus ke akaun bank atas nama sendiri, atau ke alamat crypto yang Luno semak dan luluskan. Arab Saudi tiada dalam senarai, jadi umrah tak jadi masalah. Luno boleh sekat log masuk yang datang dari luar negara tempat akaun korang disahkan, sebab log masuk dari luar negara ialah tanda biasa akaun diceroboh.

Baca penuh › · Sumber: Berada di negara lain (bukan senarai tak disokong) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Negara yang Luno tak sokong (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Berada di negara tak disokong (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Log masuk dari luar negara (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Kenapa akaun Luno aku dikunci? Berapa lama?

Ada dua sebab biasa: korang kunci sendiri, atau akaun capai had. Korang boleh kunci akaun sendiri guna link "Lock your account" di bawah mana-mana emel notifikasi Luno. Akaun dikunci 7 hari (beli, jual, hantar, deposit, withdraw dan Exchange dimatikan), dan Luno tak boleh buka kunci lebih awal. Kalau akaun dikunci sebab capai had, hantar dokumen tambahan melalui Settings → Verification.

Baca penuh › · Sumber: Kunci akaun sendiri (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Akaun dikunci sebab capai had (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Ada caj kalau akaun tak aktif?

Kalau akaun tiada transaksi 12 bulan berturut, Luno caj yuran tak aktif USD2 sebulan (atau setara mata wang tempatan) atas baki tunai sahaja. Yuran ni tak sentuh crypto dan tak jadikan baki negatif.

Baca penuh › · Sumber: Yuran tak aktif (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Waris macam mana nak tuntut crypto arwah dalam Luno?

Untuk tuntut akaun Luno si mati di Malaysia, waris perlu hantar emel dan nombor ID si mati, salinan ID dan sijil kematian yang disahkan, Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi Malaya (atau surat Amanah Raya untuk pusaka kecil aset alih sahaja, nilai sehingga RM600,000), ID dan bukti alamat wasi atau pentadbir, dan bukti akaun bank pusaka. Semua dokumen dalam PDF.

Baca penuh › · Sumber: Dokumen waris (Malaysia) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Luno ada akaun syarikat?

Ada. Akaun bisnes Luno Malaysia dimohon melalui pelayar web, bukan app. Sdn Bhd perlu sediakan sifat perniagaan, nombor SST, dokumen pendaftaran syarikat yang disahkan (tak lebih 3 bulan), profil SSM, bukti alamat, dan carta pemilikan untuk pemegang 25% ke atas.

Baca penuh › · Sumber: Akaun bisnes Malaysia (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Lupa PIN Luno 4 digit, macam mana?

Bila app dibuka semula, app minta Luno PIN 4 digit. Skrin PIN ada pautan "Forgot PIN?" untuk yang lupa. Pusat bantuan Luno belum ada artikel untuk langkah selepas tu, jadi ikut arahan dalam app. [SEMAK]

Baca penuh › · Sumber: Kunci app (Skrin app, 29 Sep 2026)

Password Luno kena berapa aksara?

Password Luno mesti sekurang-kurangnya 16 aksara, dengan 1 huruf besar, 1 huruf kecil, 1 aksara khas dan 1 nombor, dan tak boleh ada lebih 2 aksara sama berturut (ikut skrin cipta password baru di Security → Password).

Baca penuh › · Sumber: Syarat password (Skrin app, 29 Sep 2026)

Kod referral letak di mana, berapa kena beli, bila reward masuk, bila luput?

Kod rujukan dimasukkan di Rewards → Redeem → masukkan kod → Apply code, dengan maksimum 5 cubaan sehari. Kod rujukan untuk pelanggan baru, dan setiap orang boleh guna satu kod sahaja. Kod boleh ditambah sehingga 30 hari selepas daftar, walaupun korang dah buat deposit, beli atau jual pertama. Untuk layak, kawan yang dirujuk mesti daftar dan lulus verify, masukkan kod, dan beli crypto bernilai RM250 melalui Luno. Artikel rasmi tambah yang pembelian tu mesti guna Wallets, bukan Exchange. Tip daus: beli sekurang-kurangnya RM260 sekali gus melalui Instant Buy. Caj Instant 2% diambil dari jumlah yang korang beli, jadi kalau korang beli tepat RM250, nilai crypto yang masuk cuma lebih kurang RM245, iaitu bawah syarat RM250. Reward rujukan boleh dituntut 30 hari selepas syarat dipenuhi, dan mesti dituntut dalam 3 bulan atau reward luput.

Baca penuh › · Sumber: Tempat masukkan kod (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), Siapa layak guna kod (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Syarat rujukan (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), Tip daus: beli RM260 sekali gus (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), Bila reward boleh dituntut (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026)

Umur minimum untuk daftar Luno? Boleh buka akaun untuk anak?

Tidak boleh untuk anak bawah 18 tahun. Terma Luno Malaysia kata pengguna mesti berumur 18 tahun ke atas, dan polisi privasi Luno kata produk Luno bukan untuk orang bawah 18 tahun. Setiap akaun mesti atas nama dan dokumen pengenalan pemilik sendiri, dan deposit serta withdraw pula mesti guna akaun bank atas nama tu juga. Jadi ibu bapa tak boleh buka akaun Luno atas nama anak yang bawah 18 tahun.

Baca penuh › · Sumber: Umur minimum (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Satu akaun seorang (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Duit masuk & keluar

Berapa lama withdraw Luno masuk bank?

Withdraw MYR pada hari bekerja: minta sebelum 10:00, masuk sebelum 17:00; minta sebelum 12:00, masuk sebelum 20:20; minta sebelum 15:45, masuk sebelum 23:00. Kalau minta selepas 15:45, pada hujung minggu atau pada cuti umum, duit masuk sebelum 17:00 hari bekerja seterusnya.

Baca penuh › · Sumber: Cut-off withdraw MYR (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Boleh batal withdraw yang dah diminta?

Tiada artikel rasmi Luno pasal batal withdraw. Terma Luno Malaysia kata pengguna bertanggungjawab pastikan arahan withdraw (termasuk nombor akaun bank) lengkap dan betul, dan Luno tak wajib terbalikkan atau ubah mana-mana withdraw. Kalau korang tersilap, hubungi support secepat mungkin melalui Help dalam app. Withdraw diproses secara manual, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum, dan dihantar melalui GIRO (bukan Instant Transfer). [SEMAK]

Baca penuh › · Sumber: Tarik balik withdraw (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Cara withdraw diproses (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Beli, jual, caj

Kenapa harga beli dan jual lain?

Harga yang korang dapat bergantung pada sebut harga dan caj. Harga Instant dikira dari purata order book beberapa penyedia kecairan termasuk Luno Exchange, dan sebut harga tu sah 60 saat. Harga di Home dan carta pula datang dari dagangan lepas di Luno Exchange, manakala price alert guna data Luno Exchange dan exchange lain. Caj Instant Buy dan Instant Sell ialah 2% untuk beli dan 2% untuk jual (dari skrin Portfolio, Buy atau Sell).

Baca penuh › · Sumber: Dari mana harga Instant (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Caj Instant Buy/Sell (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026)

Instant Buy vs Exchange, mana murah?

Exchange lebih murah. Caj Instant Buy dan Instant Sell ialah 2% untuk beli dan 2% untuk jual (dari skrin Portfolio, Buy atau Sell). Yuran Exchange tier 1 ialah taker 0.60% dan maker 0.35%. Tapi Exchange ada minimum order yang lebih tinggi. Pada 29 Sep 2026, bila daus taip RM1, app keluar ralat "Must be larger than RM 33" untuk market order dan "RM 34" untuk stop-limit. Minimum ni ikut BTC 0.0001 × harga semasa.

Baca penuh › · Sumber: Caj Instant Buy/Sell (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), Yuran Exchange tier 1 (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), Minimum order BTC/MYR dalam app (Skrin app, 29 Sep 2026)

Macam mana set repeat buy / DCA? Macam mana stop?

Tekan Buy, kemudian Repeat buy. Repeat Buy boleh diset harian, mingguan atau bulanan, dan dibayar dari MYR wallet. Repeat Buy dicaj 2% setiap kali pembelian berulang dibuat, dan caj diambil dalam crypto. Untuk urus repeat buy, buka Portfolio dan pilih dompet syiling yang ada repeat buy. Di bawah baki ada senarai bertajuk REPEATING; pilih repeat buy tu untuk pause, resume atau remove.

Baca penuh › · Sumber: Kekerapan Repeat Buy (Skrin app, 29 Sep 2026), Caj Repeat Buy (Skrin app, 29 Sep 2026), Urus atau batalkan Repeat Buy (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Kenapa aku rugi terus lepas beli?

Sebab caj beli ditolak dulu. Caj Instant Buy dan Instant Sell ialah 2% untuk beli dan 2% untuk jual (dari skrin Portfolio, Buy atau Sell). Nilai pegangan pula dikira ikut harga pasaran, jadi sebaik lepas beli, nilai tu terus nampak turun.

Baca penuh › · Sumber: Caj Instant Buy/Sell (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026)

Aku beli purata berapa? Luno ada tunjuk harga purata?

Tiada. Dalam skrin Portfolio dan dompet syiling app daus (29 Sep 2026), Luno papar baki, nilai semasa dan untung rugi, tapi tiada angka harga purata beli. Pusat bantuan Luno juga tiada artikel tentang harga purata beli. Harga purata = jumlah Ringgit yang dibayar (termasuk caj) ÷ jumlah syiling yang diterima. Ambil nombor dari butiran transaksi dalam dompet syiling atau penyata CSV di web.

Baca penuh › · Sumber: Harga purata beli dalam app (Skrin app, 29 Sep 2026), Penyata wallet (PDF/CSV) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Kenapa harga Bitcoin di Luno lain dari Google atau Coinbase?

Harga Instant dikira dari purata order book beberapa penyedia kecairan termasuk Luno Exchange, dan sebut harga tu sah 60 saat. Harga di Home dan carta pula datang dari dagangan lepas di Luno Exchange, manakala price alert guna data Luno Exchange dan exchange lain. Luno ada pasaran Ringgit sendiri, jadi harganya tak sama tepat dengan harga dolar di Google atau Coinbase.

Baca penuh › · Sumber: Dari mana harga Instant (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Exchange & pro

Maker vs taker tu apa? Tier fee macam mana?

Maker ialah order yang tunggu dalam order book, dan taker ialah order yang terus padan. Taker dicaj lebih tinggi. Volume 30 hari dikira sekali sehari, iaitu jumlah dagangan korang di semua pasaran Exchange dalam 30 hari lepas (ditukar ke MYR). Yuran Exchange tier 1 ialah taker 0.60% dan maker 0.35%.

Baca penuh › · Sumber: Tier yuran Exchange (MYR, volume 30 hari) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Cara kira volume 30 hari (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Yuran Exchange tier 1 (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026)

Circuit breaker Luno tu apa?

Kalau harga bergerak 10% dari purata harga berwajaran volume (dikira setiap 5 minit), circuit breaker hentikan dagangan selama 5 minit. Dalam tempoh tu hanya order limit post-only diproses.

Baca penuh › · Sumber: Circuit breaker (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Macam mana cipta API key Luno? Selamat ke?

Dalam app, Security → API keys papar senarai API key (akaun daus belum ada key) dan butang CREATE API KEY. Pusat bantuan kata app akan bawa korang ke pelayar web untuk cipta key, dan secret key hanya dipapar sekali. API Luno benarkan 300 panggilan seminit. Lebih dari tu, API pulangkan ralat HTTP 429. Jangan beri permission hantar atau withdraw kepada bot.

Baca penuh › · Sumber: API key: di mana (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), Had kadar API (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Luno ada OTC desk?

Ada. OTC Desk Luno terima dagangan minimum USD50,000 dan maksimum USD2 juta setiap dagangan (dagangan lebih besar boleh diatur).

Baca penuh › · Sumber: OTC Desk (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Kenapa Exchange tak bagi aku beli RM10 Bitcoin?

Setiap pasangan di Exchange ada volume minimum. Order BTC/MYR di Exchange mesti antara BTC 0.0001 dan BTC 100, pada harga antara RM10,000 dan RM10,000,000. Dalam Ringgit, minimum tu ikut harga semasa. Pada 29 Sep 2026, bila daus taip RM1, app keluar ralat "Must be larger than RM 33" untuk market order dan "RM 34" untuk stop-limit. Minimum ni ikut BTC 0.0001 × harga semasa. Untuk jumlah kecil, guna Instant Buy.

Baca penuh › · Sumber: Had order BTC/MYR (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Minimum order BTC/MYR dalam app (Skrin app, 29 Sep 2026)

Luno ada margin, futures atau leverage?

Tiada di Malaysia. App Luno Malaysia tiada margin, futures atau leverage (29 Sep 2026): jenis order cuma Limit, Market dan Stop-limit. Luno kata trading wallet ialah asas untuk produk akan datang seperti spot margin dan perpetual futures, tanpa tarikh dan tanpa sebut Malaysia.

Baca penuh › · Sumber: Margin, futures dan leverage (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026)

Hantar & terima crypto

Kenapa kena tunggu sebelum boleh hantar crypto?

Lepas korang minta hidupkan Send, ada tempoh tunggu antara 24 jam dan 14 hari sebelum Send aktif. Tujuannya keselamatan: kalau pencuri berjaya masuk akaun, dia tak boleh terus hantar crypto keluar, dan korang ada masa untuk laporkan dan selamatkan akaun. Luno juga boleh matikan Send secara automatik selepas beberapa bulan tak guna, atau bila passkey atau 2FA dibuang.

Baca penuh › · Sumber: Tempoh tunggu hidupkan Send (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Travel Rule tu apa, kenapa Luno tanya soalan?

Travel Rule terpakai untuk pengguna Malaysia bila hantar dan terima crypto. Korang kena nyatakan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain, sama ada alamat tu wallet peribadi atau platform, dan butiran penerima. Di Malaysia, Luno mungkin kongsi nama, nombor identiti dan alamat kediaman korang dengan platform penerima yang diluluskan.

Baca penuh › · Sumber: Travel Rule (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Maklumat dikongsi (Travel Rule) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Boleh hantar dari Luno ke Binance, Ledger atau MetaMask?

Luno hanya benarkan hantar ke VASP dalam senarai lulus Luno (untuk Malaysia dan Nigeria). Wallet peribadi (contoh Ledger atau MetaMask) dibenarkan kalau korang isi maklumat Travel Rule. Binance tak berdaftar dengan SC dan diharamkan tawar servis kepada rakyat Malaysia, tapi Luno benarkan hantar ke Binance dengan maklumat Travel Rule lengkap.

Baca penuh › · Sumber: Hantar ke platform lain (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Binance dalam senarai VASP (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Had hantar crypto sehari berapa?

Had hantar crypto untuk Level 2 ialah maksimum USD 12,000 setiap 24 jam dan USD 60,000 setiap 30 hari. Untuk Level 3, maksimum USD 120,000 setiap 24 jam dan USD 600,000 setiap 30 hari. Had ni dinamik dan boleh berbeza ikut individu.

Baca penuh › · Sumber: Had hantar crypto (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Staking & produk lain

Staking Luno tu apa? ARP berapa? Bersih ke?

Staking ialah letak crypto (ETH, SOL, ADA, ATOM, DOT, AVAX atau NEAR) untuk bantu rangkaian, dan korang dapat ganjaran dalam syiling yang sama. ARP berubah setiap hari, jadi semak dalam app. Luno ambil yuran servis staking dari reward: ADA 20%, DOT 35%, ETH 30%, NEAR 35%, SOL 35%, ATOM 40% dan AVAX 35%. Tiada caj untuk stake atau unstake, dan ARP yang dipapar dah tolak yuran servis. Gambaran ARP bertarikh ada di halaman Fakta.

Baca penuh › · Sumber: Yuran servis staking (dari reward) (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), ARP dipapar (29 Sep 2026) (Skrin app, 29 Sep 2026)

Apa risiko staking?

Penalti downtime dan slashing boleh kurangkan crypto yang di-stake (risiko ni ada di Ethereum dan Solana, dan tiada di Cardano). Ada juga risiko peristiwa di luar kawalan Luno.

Baca penuh › · Sumber: Risiko staking (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Bundle Luno tu apa, caj berapa?

Bundle Luno Large Cap ikut indeks CoinDesk 5 (CD5) dan dilaras semula setiap suku tahun. Komposisi pada 29 Sep 2026 ialah BTC 77.47%, ETH 14.91%, XRP 4.27%, SOL 3.35%, dan satu syiling lagi. Bundle dicaj 1% bila beli, 1% bila jual, 1% bila top up dan 1% bila unbundle, serta yuran rebalancing/tracking 2% setahun (dikira harian, ditolak setiap suku tahun).

Baca penuh › · Sumber: Luno Large Cap (Skrin app, 29 Sep 2026), Yuran bundle (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026)

Price Predict atau Prediction Markets ada di Malaysia?

Price Predict ada di Malaysia. Price Predict percuma untuk masuk. Korang ramal harga Bitcoin dalam dolar AS, dan hadiah dibayar dalam Bitcoin (jumlah tabung dipapar dalam USD dalam app; contoh 29 Sep 2026: mingguan USD1,250 dan bulanan USD5,000). Hadiah luput kalau tak dituntut dalam 3 bulan, dan Bitcoin yang ditebus boleh diguna selepas 30 hari. Prediction Markets pula tiada di Malaysia. Ciri Luno ni tiada di Malaysia: Luno Pay (Afrika Selatan), saham/ETF tokenised dan Blue Chip+ (Afrika Selatan dan Nigeria), Prediction Markets (Afrika Selatan dan Nigeria), USDC Earn (Afrika Selatan), dan trading wallet untuk app dan web (Indonesia dulu).

Baca penuh › · Sumber: Price Predict (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026), Ciri Luno yang tiada di Malaysia (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026)

Price Predict Luno tu apa? Hadiah apa? Judi ke?

Price Predict percuma untuk masuk. Korang ramal harga Bitcoin dalam dolar AS, dan hadiah dibayar dalam Bitcoin (jumlah tabung dipapar dalam USD dalam app; contoh 29 Sep 2026: mingguan USD1,250 dan bulanan USD5,000). Hadiah luput kalau tak dituntut dalam 3 bulan, dan Bitcoin yang ditebus boleh diguna selepas 30 hari. Tiada kenyataan Syariah rasmi yang daus jumpa untuk ciri ni.

Baca penuh › · Sumber: Price Predict (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026)

Cukai & rekod

Untung crypto kena cukai LHDN ke?

Bergantung pada kes. LHDN kata sama ada untung crypto kena cukai bergantung pada sifat untung tu, iaitu bersifat modal atau bersifat hasil, dan pada petunjuk perdagangan. Pelaburan crypto dianggap aktiviti perniagaan kalau ia berterusan, sistematik, aktif, membawa risiko kewangan dan bertujuan buat untung. Transaksi yang kerap lebih menunjukkan sifat perdagangan berbanding transaksi terpencil. Dalam soalan 2 kepada LHDN, seseorang beli Bitcoin 10 tahun lepas dan sekarang guna Bitcoin tu untuk beli kereta. LHDN jawab, kalau itu satu-satunya transaksi dalam tempoh 10 tahun tu, untungnya tidak tertakluk kepada cukai. LHDN tambah, setiap kes dan fakta sebenar tetap diperhalusi. Kalau untung crypto memang kena cukai, LHDN kata cukai dikenakan pada tarikh crypto dijual atau dilupuskan, ikut subseksyen 24(1) Akta Cukai Pendapatan 1967. Dalam soalan 3 kepada LHDN, crypto dibeli 1 Jan 2025 dan dijual 31 Dis 2027, jadi LHDN jawab untung tu dilapor dalam Tahun Taksiran 2027 (untuk individu). Untuk lapor cukai, nilai crypto mesti ditukar ke Ringgit Malaysia ikut nilai pada masa transaksi. LHDN juga kata untung dari tukar crypto ke Ringgit yang dah direalisasi dikenakan cukai pendapatan. Menurut laporan Malay Mail pada 29 Ogos 2025, Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis Parlimen kata pendapatan dari aktiviti crypto seperti dagangan, perlombongan dan pertukaran di Malaysia tertakluk kepada cukai pendapatan bawah Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967. Setiap kes ikut fakta sendiri; rujuk perunding cukai.

Baca penuh › · Sumber: LHDN: modal atau hasil (soalan 5) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), LHDN: satu transaksi selepas 10 tahun (soalan 2) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), LHDN: bila untung dilapor (soalan 3) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), LHDN: nilai dalam Ringgit (soalan 6 dan 7) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Kementerian Kewangan pasal cukai crypto (Ogos 2025) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Luno lapor transaksi aku ke LHDN ke?

Tiada artikel atau terma Luno yang kata Luno hantar laporan transaksi pengguna kepada LHDN secara automatik. Travel Rule pula benda lain: ia pasal maklumat penghantar dan penerima bila crypto dihantar antara platform, bukan laporan cukai. Luno kata ia nilai permintaan maklumat dari pihak berkuasa satu-satu, perlukan permintaan bertulis yang sah ikut proses undang-undang, dan hanya dedahkan maklumat yang Luno wajib dedahkan dari segi undang-undang. LHDN kata ia bekerjasama dengan pihak ketiga yang terlibat secara langsung dengan operasi dan aktiviti wang digital, bertukar maklumat dengan pentadbir cukai negara lain, dan pantau media sosial, platform wang digital dan laman web setiap hari. Terma Luno Malaysia kata pengguna sendiri bertanggungjawab tentukan cukai yang terpakai pada transaksi dalam akaun Luno, dan lapor serta bayar cukai kepada pihak berkuasa cukai. Jadi simpan rekod sendiri, dan rujuk perunding cukai.

Baca penuh › · Sumber: Permintaan maklumat dari pihak berkuasa (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), LHDN: cara kesan transaksi crypto (soalan 1) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Siapa lapor cukai (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Keselamatan & masalah

Macam mana tahu itu betul-betul Luno call atau emel?

Luno tak akan hubungi korang tanpa diminta (kalau korang tak buka tiket support dulu) untuk suruh korang buang trusted device, passkey atau 2FA, hidupkan Send, atau kongsi OTP atau PIN telefon. Luno juga tak akan suruh korang jangan log masuk atau jangan guna akaun korang untuk tempoh yang lama. WhatsApp cuma dipakai untuk hantar kod OTP, bukan untuk support. Kalau korang tak buka tiket dulu, anggap panggilan atau emel tu bukan dari Luno.

Baca penuh › · Sumber: Luno TAK AKAN (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)

Aku kena scam guna Luno, boleh dapat balik?

Kalau kena scam, call NSRC (Pusat Respons Scam Kebangsaan) di talian 997, yang dibuka 24 jam setiap hari. Laman rasmi kerajaan minta mangsa call dalam masa 24 jam selepas sedar kena tipu, supaya pihak berkuasa boleh sekat akaun bank dan transaksi. Lepas tu hubungi bank korang dan buat laporan polis di balai polis terdekat. Transaksi blockchain tak boleh diterbalikkan selepas dihantar, jadi makin cepat korang lapor, makin baik peluang pihak berkuasa sekat duit yang belum keluar. Kunci akaun Luno dan laporkan dalam app juga.

Baca penuh › · Sumber: Talian scam NSRC 997 (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Hantar crypto tak boleh dibatalkan (Halaman rasmi + skrin app, 29 Sep 2026)

Luno tak jawab, nak adu kat mana?

Aduan rasmi kepada Luno dihantar ke complaints@luno.com. Luno akui terima dalam 3 hari bekerja dan beri keputusan dalam 15 hari bekerja. Kalau tak puas hati, minta semakan dalam 7 hari; Complaints Manager ambil 15 hari bekerja, dan jawatankuasa sehingga 20 hari. Kalau Luno sebagai syarikat berdaftar buat salah, korang boleh adu kepada SC juga. SC terima aduan tentang salah laku syarikat yang berlesen atau berdaftar dengan SC, dan tentang skim pelaburan atau scam tanpa lesen. Isi borang aduan SC dan hantar ke emel aduan@seccom.com.my atau melalui pos, atau call talian SC 03-6204 8999 (Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum, 9 pagi hingga 6 petang). SC tak terlibat dalam pertikaian sivil persendirian dan tak boleh jadi peguam korang.

Baca penuh › · Sumber: Proses aduan rasmi (Halaman rasmi, 29 Sep 2026), Aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) (Halaman rasmi, 29 Sep 2026)