Ganjaran rujukan atau Price Predict tak masuk: tempoh tunggu dan luput
“Aku menang Price Predict / guna kod rujukan, mana reward?”
Reward rujukan boleh dituntut 30 hari selepas syarat dipenuhi, dan mesti dituntut dalam 3 bulan atau reward luput. Untuk Price Predict pula, hadiah luput 3 bulan kalau tak dituntut, dan Bitcoin yang ditebus boleh diguna selepas 30 hari.
Fakta ringkas (3)
- Bila reward boleh dituntut
- Reward rujukan boleh dituntut 30 hari selepas syarat dipenuhi, dan mesti dituntut dalam 3 bulan atau reward luput
- Halaman rasmi + skrin app · 29 Sep 2026
- Syarat rujukan
- Untuk layak, kawan yang dirujuk mesti daftar dan lulus verify, masukkan kod, dan beli crypto bernilai RM250 melalui Luno. Artikel rasmi tambah yang pembelian tu mesti guna Wallets, bukan Exchange
- Halaman rasmi + skrin app · 29 Sep 2026
- Price Predict
- Price Predict percuma untuk masuk. Korang ramal harga Bitcoin dalam dolar AS, dan hadiah dibayar dalam Bitcoin (jumlah tabung dipapar dalam USD dalam app; contoh 29 Sep 2026: mingguan USD1,250 dan bulanan USD5,000). Hadiah luput kalau tak dituntut dalam 3 bulan, dan Bitcoin yang ditebus boleh diguna selepas 30 hari
- Halaman rasmi + skrin app · 29 Sep 2026
Gambar dari app bahasa English. App korang dalam Bahasa Melayu? Butang sama tempat. Nama BM dalam kurungan diambil dari artikel bantuan Luno versi BM; kalau tiada, daus tulis maksudnya sahaja.
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- LANGKAH1/1
Pending rewards di skrin Rewards
Skrin Rewards ada bahagian PENDING REWARDS dan REWARDS HISTORY. Jumlah dalam akaun daus dikaburkan.
- Tajuk pending rewards
Semak sebelum buka tiket
- Kod rujukan dimasukkan dalam 30 hari selepas daftar (Rewards → Redeem)?
- Kawan dah lulus verify dan beli crypto bernilai RM250 guna Wallets (bukan Exchange)? Kalau dia beli tepat RM250, caj 2% buat nilai crypto yang masuk jadi lebih kurang RM245. Sebut benda ni dalam tiket dan tanya support sama ada pembelian tu dikira.
- Dah lepas 30 hari sejak syarat dipenuhi?
- Dah tekan tuntut (claim) di skrin Rewards sebelum luput 3 bulan?
- Korang pelanggan baru, dan ni kod pertama yang korang guna? (Deposit atau beli sebelum masukkan kod tak jadi masalah, asalkan kod dimasukkan dalam 30 hari selepas daftar.)
Kalau semua ya dan masih tiada, buka tiket dengan tarikh daftar, tarikh masuk kod dan tarikh beli. Rujukan dan ganjaran · Price Predict.
Bacaan rasmi Luno untuk topik ni
Artikel pusat bantuan Luno (English), disemak 29 Sep 2026. Kalau berbeza dengan halaman ni, ikut artikel rasmi dan beritahu daus.
- A guide to earning rewards with Luno · dikemas kini 28 Sep 2026
- How does Price Predict work? · dikemas kini 26 Sep 2026
Crypto sangat turun naik dan boleh jatuh banyak dalam masa singkat. Luno berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, tapi crypto bukan deposit bank dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan. Bukan laman rasmi Luno. Panduan tak rasmi oleh DausDK.