Belajar Lunooleh DausDK

Disemak pada 29 Sep 2026 · Bukan laman rasmi Luno. · Sumber semua fakta

Fakta

Semua fakta Luno dalam laman ni

214 fakta. Setiap satu ada sumber (halaman rasmi Luno, Suruhanjaya Sekuriti, LHDN, atau skrin app daus) dan tarikh semak. Disemak pada 29 Sep 2026. 22 fakta bertanda [SEMAK] belum disahkan penuh, dan 12 fakta ada sumber rasmi yang bercanggah. Versi mesin: /fakta.json.

Bukan laman rasmi Luno. Panduan tak rasmi oleh DausDK.

Status & kawal selia

Status Luno di Malaysia
Luno Malaysia Sdn. Bhd. ialah Recognized Market Operator (Digital Asset Exchange) berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · SC: List of Registered Digital Asset Exchanges (senarai dikemas kini 20 Jul 2026) · Luno: Licenses and registrations
Syarikat Luno Malaysia
Luno Malaysia Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201501011592 (1136927-A)) beralamat di Horizen Penthouse, 1 Powerhouse, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno: Licenses and registrations · SC: List of Registered Digital Asset Exchanges
Exchange crypto berdaftar SCSUMBER BERCANGGAH
Jadual SC senaraikan 5 exchange crypto berdaftar: HATA Digital, Luno Malaysia, MX Global, SINEGY DAX dan Kinetic DAX
Percanggahan: Perenggan pengenalan halaman SC yang sama masih tulis "three Recognized Market Operators", tapi jadual senarai 5 nama. Guna jadual (5), sebut percanggahan ni kalau perlu.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · SC: List of Registered Digital Asset Exchanges (dikemas kini 20 Jul 2026)
Undang-undang
Didaftar di bawah Capital Markets and Services Act 2007 dan Guidelines on Recognized Markets
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno: Licenses and registrations
PIDM
Crypto dalam Luno bukan deposit bank dan tidak dilindungi PIDM. PIDM senaraikan "Digital currency and digital token" sebagai produk yang tidak dilindungi
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · PIDM: Deposit Insurance System (PDF, bahagian produk tidak dilindungi) · SC: List of Registered DAX (Luno ialah DAX, bukan bank)
Pemegang amanah
Setiap withdraw MYR perlu kelulusan akhir pemegang amanah (trustee) sebelum dihantar melalui GIRO, ikut peraturan SC
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How long until my withdrawal is processed? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Label entiti di halaman daftar webSEMAKSUMBER BERCANGGAH
Halaman luno.com/signup tulis "Luno (Pty) Ltd is regulated by the Securities Commission Malaysia"
Percanggahan: Entiti berdaftar SC ialah Luno Malaysia Sdn. Bhd.; Luno (Pty) Ltd ialah entiti Afrika Selatan (FSP 53314). Label di halaman daftar tak sepadan.
Perlu semak: Tanya Luno / semak semula selepas log masuk dari lokasi MY.
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Safari iPhone, luno.com/signup (LU-zero-07-signup)
Permintaan maklumat dari pihak berkuasa
Luno kata ia nilai permintaan maklumat dari pihak berkuasa satu-satu, perlukan permintaan bertulis yang sah ikut proses undang-undang, dan hanya dedahkan maklumat yang Luno wajib dedahkan dari segi undang-undang
Laman tu untuk polis, agensi kerajaan dan pengawal selia; tak sebut pihak berkuasa cukai secara khusus.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno: Submitting information requests to Luno
Proof of Reserves
Aset simpanan Luno diattestasi setiap bulan oleh Moore (Moore Johannesburg) guna kaedah Merkle Tree. Luno sendiri kata ni pelengkap, bukan ganti audit kewangan penuh
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · A guide to Luno’s Proof of Reserves (dikemas kini 21 Sep 2026)

App & bahasa

Pembangun app di App Store
Di App Store, pembangun app Luno ialah Luno Pte Ltd (© 2025 Luno Group Holdings Ltd), dalam kategori Finance dengan rating umur 4+
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: App Store Malaysia (LU-zero-04-appstore-info)
Versi app yang ditangkap
Versi app yang daus tangkap ialah Luno 8.117.1 (iOS), yang dikemas kini 4 hari sebelum 29 Sep 2026
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Laci profil (LU-prof-02-menu-lower)
Bahasa app
App Luno ada empat bahasa: Bahasa Melayu, English (UK), English (US) dan Indonesia
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Settings → Language (LU-set-04-language)
Tahap verifikasi dalam app
Settings → Verification tunjuk sama ada akaun "Fully verified" atau belum
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Settings (LU-set-01-account)
Masa verifikasi identitiSEMAK
Kebanyakan verifikasi identiti disemak automatik dalam beberapa minit, tapi boleh ambil satu atau dua hari kalau perlu semakan manual
Perlu semak: Masa biasa khusus Malaysia tidak dinyatakan.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I verify my identity with Luno? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Dokumen identiti diterima (Malaysia)
Warganegara Malaysia guna MyKad untuk verify, dan warga asing guna pasport yang sah
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Which identity documents are accepted for verification? (dikemas kini 25 Sep 2026)
Warga asing di MalaysiaSEMAK
Warga asing yang tinggal di Malaysia boleh buka akaun dengan pasport sah, selfie berwarna (tak lebih 24 jam), bukti alamat di Malaysia dan permit tinggal atau visa yang sah. Nama dan nombor pasport mesti sama dengan akaun bank
Perlu semak: Artikel umum semua negara; jenis permit yang diterima khusus MY tidak disenaraikan.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · I'm a foreign resident, not a local citizen. Can I still open a Luno account? (dikemas kini 23 Sep 2026)
Bahasa app dalam akaun Daus
English (UK); skrin dalam site ni dalam English, label BM ditulis sebelah
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Settings (LU-set-01-account)
App Luno di Google Play
Di Google Play, pembangun app Luno ialah "Luno Group Holdings Ltd" dengan laman www.luno.com
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Google Play: Luno
App Luno di App Store (Malaysia)
App rasmi Luno di App Store Malaysia: https://apps.apple.com/my/app/luno-buy-crypto-and-us-stocks/id927362479 (pembangun Luno Pte Ltd)
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · App Store: Luno: Buy Crypto and US Stocks · Skrin app: App Store dalam iPhone (LU-zero-02-appstore-page)
App Luno di Google Play
App rasmi Luno di Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=co.bitx.android.wallet (pembangun Luno Group Holdings Ltd)
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Google Play: Luno

Deposit & withdraw MYR

Cara deposit MYR
Luno Malaysia cuma ada dua cara deposit Ringgit: FPX bank transfer dan Touch 'n Go eWallet (kedua-dua ditulis "Instant deposit" dalam app)
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: MYR wallet → Deposit (LU-dep-01-methods)
Caj deposit FPX
Deposit FPX percuma untuk RM100 ke atas, dan dicaj RM1.00 untuk deposit bawah RM100
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: FPX amount (LU-dep-02-fpx-amount)
Caj deposit Touch 'n Go
Deposit Touch 'n Go percuma untuk RM100 ke atas, dan dicaj RM1.00 untuk deposit bawah RM100
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: TNG amount (LU-dep-07-tng-amount)
Deposit minimum
Deposit minimum ialah RM10.00 untuk FPX dan untuk Touch 'n Go (dua-dua skrin jumlah deposit tulis "Minimum amount RM 10.00")
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: FPX amount (LU-dep-02-fpx-amount)
Had FPX setiap deposit
Had FPX ialah RM100,000 setiap deposit, tertakluk juga pada had FPX harian bank korang sendiri
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · How do I make a deposit using instant transfer with FPX in Malaysia? (dikemas kini 15 Sep 2026) · Skrin app: FPX amount (LU-dep-02-fpx-amount)
Had Touch 'n Go setiap deposit
Had Touch 'n Go ialah RM500 setiap deposit
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · How do I deposit using my Touch 'n Go eWallet in Malaysia? (dikemas kini 22 Jun 2026) · Skrin app: TNG amount (LU-dep-07-tng-amount)
Syarat Touch 'n Go
Skrin app tulis deposit Touch 'n Go "Available to Pro & Premium customers", iaitu ikut tahap akaun eWallet TNG korang
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: TNG amount (LU-dep-07-tng-amount) · How do I deposit using my Touch 'n Go eWallet in Malaysia? (dikemas kini 22 Jun 2026)
Masa deposit masuk
Deposit FPX dan Touch 'n Go masuk serta-merta
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How long until my deposit reflects in my Luno wallet? (dikemas kini 16 Sep 2026) · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Deposit mesti nama sendiri
Deposit dari akaun bank orang lain dipulangkan. Setiap refund dicaj admin sehingga RM5 dan diproses sehingga 14 hari bekerja
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · How do I make a deposit using instant transfer with FPX in Malaysia? (dikemas kini 15 Sep 2026) · Skrin app: Prevent deposit delays (LU-dep-05-warning)
Nama penerima di FPX
Luno Malaysia Sdn Bhd
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I make a deposit using instant transfer with FPX in Malaysia? (dikemas kini 15 Sep 2026)
Masa FPX selalu gagal
FPX selalu gagal masa sistem bank diselenggara, biasanya sekitar tengah malam
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I make a deposit using instant transfer with FPX in Malaysia? (dikemas kini 15 Sep 2026)
Pertikaian deposit TNG
Luno maklum balas dalam 14 hari bekerja
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I deposit using my Touch 'n Go eWallet in Malaysia? (dikemas kini 22 Jun 2026)
Caj withdraw ke bank
Caj withdraw ke bank ialah RM0.10 setiap withdraw
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Withdraw review (LU-wd-03-review)
Withdraw minimum
Minimum withdraw rasmi untuk Malaysia ialah RM1. Dalam app, withdraw RM1 kena caj RM0.10, jadi jumlah yang ditolak ialah RM1.10
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Are there any withdrawal limits? (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Withdraw review (LU-wd-03-review)
Cut-off withdraw MYR
Withdraw MYR pada hari bekerja: minta sebelum 10:00, masuk sebelum 17:00; minta sebelum 12:00, masuk sebelum 20:20; minta sebelum 15:45, masuk sebelum 23:00. Kalau minta selepas 15:45, pada hujung minggu atau pada cuti umum, duit masuk sebelum 17:00 hari bekerja seterusnya
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How long until my withdrawal is processed? (dikemas kini 28 Sep 2026) · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Cara withdraw diproses
Withdraw diproses secara manual, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum, dan dihantar melalui GIRO (bukan Instant Transfer)
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How long until my withdrawal is processed? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Bila patut buka tiket withdraw
Buka tiket kalau duit belum masuk lebih 2 hari bekerja selepas withdraw diproses, dan lampirkan penyata bank atau screenshot transaksi bank
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How long until my withdrawal is processed? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Sebab withdraw gagal (MY)
Sebab withdraw gagal di Malaysia ialah nombor akaun salah; akaun bank beku, tutup atau dormant; nombor IC tak padan; nombor pasport tak padan atau dah tamat; atau akaun pihak ketiga
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Failed withdrawal requests - troubleshooting tips for Malaysian customers (dikemas kini 23 Sep 2026)
Had bulanan (Fully verified)
Akaun Fully verified boleh deposit sehingga RM500,000 sebulan dan withdraw sehingga RM500,000 sebulan
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Had deposit dan withdraw bergulir
Had deposit dan withdraw dikira ikut tempoh bergulir, bukan bulan kalendar. Had bulanan tak reset pada awal bulan; setiap deposit dikira dalam had selama 30 hari
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Understanding limits (dikemas kini 13 Sep 2026)
Had withdraw setiap transaksiSEMAK
Luno tak nyatakan had withdraw setiap transaksi untuk Malaysia. Had maksimum withdraw ikut tahap verifikasi, iaitu RM500,000 sebulan untuk akaun Fully verified
Perlu semak: Tiada angka had setiap transaksi dalam artikel MY; tanya support sebelum withdraw jumlah besar sekali gus.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Are there any withdrawal limits? (dikemas kini 25 Sep 2026) · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Deposit tak masuk: bukti bayaran
Kalau deposit tak masuk lepas 2 hari bekerja, hantar kepada support bukti bayaran dari bank (nama penuh, jumlah, tarikh dan rujukan). SMS dan notifikasi tak diterima sebagai bukti
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · What can I do if my deposit isn't reflecting in my wallet? (dikemas kini 19 Sep 2026) · Proof of payment instructions for Malaysian banks (dikemas kini 11 Sep 2026)
Deposit antarabangsa
Deposit dari luar negara tak dibenarkan. Deposit mesti datang dari akaun bank di negara tempat akaun Luno korang disahkan; kalau tidak, deposit dipulangkan
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Things you need to know about Luno deposits (dikemas kini 28 Sep 2026)
Withdraw gagal: bila hubungi support
Withdraw boleh gagal kalau butiran bank salah. Hubungi support kalau duit belum masuk selepas 48 jam
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Things you need to know about withdrawals on Luno (dikemas kini 20 Sep 2026)
Withdraw mesti nama sendiri
Akaun bank untuk withdraw mesti atas nama pemilik akaun Luno. Akaun kawan atau keluarga tak dibenarkan
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Things you need to know about withdrawals on Luno (dikemas kini 20 Sep 2026)
Tarik balik withdrawSEMAK
Terma Luno Malaysia kata pengguna bertanggungjawab pastikan arahan withdraw (termasuk nombor akaun bank) lengkap dan betul, dan Luno tak wajib terbalikkan atau ubah mana-mana withdraw
Perlu semak: Tiada artikel rasmi pasal batal withdraw yang belum diproses. Tanya support secepat mungkin kalau tersilap.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno Malaysia: Terms of use
Cuti umum persekutuan 2026SEMAK
Senarai rasmi JPM: 17–18 Feb, 21–22 Mac, 1 Mei, 27 Mei, 31 Mei, 1 Jun, 17 Jun, 25 Ogos, 31 Ogos, 16 Sep, 8 Nov dan 25 Dis (tarikh bertanda * tertakluk perubahan). Cuti ganti untuk cuti yang jatuh hari Ahad ialah 23 Mac, 2 Jun dan 9 Nov 2026, di negeri yang cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad (termasuk Selangor dan Kuala Lumpur)
PDF JPM tak senaraikan cuti ganti. Cuti ganti dikira ikut peraturan Akta Hari Kelepasan 1951: cuti yang jatuh hari Ahad diganti hari bekerja seterusnya yang bukan cuti (31 Mei Ahad, 1 Jun dah cuti, jadi 2 Jun). Disahkan dengan senarai PublicHolidays.com.my.
Perlu semak: Luno tak nyatakan senarai cuti mana yang dipakai (persekutuan / Selangor / GIRO). Senarai 2027 belum diterbitkan.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · JPM: Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2026 · PublicHolidays.com.my: tarikh 2026 termasuk cuti ganti (sumber kedua)

Instant Buy/Sell & Repeat Buy

Caj Instant Buy/SellSUMBER BERCANGGAH
Caj Instant Buy dan Instant Sell ialah 2% untuk beli dan 2% untuk jual (dari skrin Portfolio, Buy atau Sell)
Percanggahan: Artikel yuran MY tulis kos tetap 2%, tapi artikel "Why am I being charged this transaction cost" kata kos Instant adalah dinamik ikut sebut harga. Skrin app tulis "Approx. 2%".
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Buy review (LU-buy-04-review) · Skrin app: Sell review (LU-sell-04-review) · Why am I being charged this transaction cost when buying or selling crypto? (dikemas kini 27 Sep 2026)
Caj Instant diambil dalam
Caj Instant diambil dalam crypto. Caj ni juga meliputi risiko harga berubah antara masa korang mula dan masa korang sahkan transaksi
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Cost info (LU-buy-05-costinfo)
Tempoh sah quote
60 saat
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Buy review (LU-buy-04-review)
Had Instant Buy/Sell MYR
Had Instant Buy/Sell ialah RM1.00 hingga RM400,000 setiap transaksi
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Buy RM1 (LU-buy-03-rm1)
Had Instant BTC
Had Instant untuk BTC ialah BTC 0.000025 hingga BTC 3 setiap transaksi
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Had Instant ETH
ETH 0.001 hingga ETH 50 setiap transaksi
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Had Instant SOL
SOL 0.05 hingga SOL 200 setiap transaksi
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Tukar crypto ke crypto
Luno Malaysia tiada fungsi tukar crypto terus ke crypto lain. Crypto hanya boleh dijual ke MYR atau dibeli dengan MYR
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · How do I convert one cryptocurrency to another? (dikemas kini 18 Sep 2026) · Skrin app: Sell currency (LU-sell-02-currency)
Caj Repeat BuySEMAK
Repeat Buy dicaj 2% setiap kali pembelian berulang dibuat, dan caj diambil dalam crypto
Perlu semak: Artikel yuran MY tak senaraikan repeat buy secara khusus; kadar ikut skrin app.
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Repeat buy review (LU-rb-06-review) · Skrin app: Service charge info (LU-rb-07-feeinfo)
Kekerapan Repeat Buy
Repeat Buy boleh diset harian, mingguan atau bulanan, dan dibayar dari MYR wallet
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Choose frequency (LU-rb-03-freqopts)
Urus atau batalkan Repeat Buy
Untuk urus repeat buy, buka Portfolio dan pilih dompet syiling yang ada repeat buy. Di bawah baki ada senarai bertajuk REPEATING; pilih repeat buy tu untuk pause, resume atau remove
Akaun daus tiada repeat buy aktif, jadi tiada skrin untuk langkah ni.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I set up a repeat buy? (dikemas kini 27 Sep 2026)
Harga purata beli dalam app
Dalam skrin Portfolio dan dompet syiling app daus (29 Sep 2026), Luno papar baki, nilai semasa dan untung rugi, tapi tiada angka harga purata beli. Pusat bantuan Luno juga tiada artikel tentang harga purata beli
Carian pusat bantuan untuk average price / cost basis cuma jumpa artikel IntoTheBlock dan beza harga, bukan harga purata pengguna.
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Profit/Loss (LU-port-05-pl) · Skrin app: Dompet Bitcoin (LU-wallet-01-btc)
Repeat Buy minimum
Repeat Buy RM1.00 diterima sampai skrin review
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Repeat buy review (LU-rb-06-review)
Beli beberapa syiling sekali gus
Beli beberapa syiling sekali gus ada di Malaysia. Caj sama dengan beli dan jual biasa, dan baki dibahagi sama rata antara syiling
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I buy multiple coins at once? (dikemas kini 19 Sep 2026)
Dari mana harga Instant
Harga Instant dikira dari purata order book beberapa penyedia kecairan termasuk Luno Exchange, dan sebut harga tu sah 60 saat. Harga di Home dan carta pula datang dari dagangan lepas di Luno Exchange, manakala price alert guna data Luno Exchange dan exchange lain
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Why is the buy/sell quote different from prices shown elsewhere on Luno? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Dua skrin, dua angka
Angka di skrin pertama cuma anggaran kasar dari dagangan lepas. Angka di skrin kedua (review) ialah sebut harga sebenar
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Why did I get less crypto than I paid for? (dikemas kini 19 Sep 2026)
Jenis price alert
Price alert Luno ada dua syarat, More than (lebih dari) dan Less than (kurang dari), dan boleh diset Once-off (sekali sahaja) atau Every time (setiap kali). Alert dihantar sebagai notifikasi push, atau melalui emel kalau korang tak log masuk app
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · How do I monitor the cryptocurrency price and set up price alerts? (dikemas kini 25 Ogos 2026) · Skrin app: Create alert (LU-alert-02-form)
Widget Luno (iOS)
Untuk tambah widget Luno di iPhone, tekan lama ruang kosong di skrin utama → + → cari Luno → Add Widget
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I add Luno widgets to my home screen? (dikemas kini 28 Ogos 2026)

Exchange

Tier yuran Exchange (MYR, volume 30 hari)
T1 RM0–5k: taker 0.60% maker 0.35% · T2 RM5k–200k: 0.50%/0.25% · T3 RM200k–400k: 0.45%/0.20% · T4 RM400k–1j: 0.40%/0.10% · T5 RM1j–2j: 0.35%/0% · T6 RM2j–4j: 0.30%/0% · T7 RM4j–8j: 0.25%/0% · T8 RM8j–14j: 0.15%/0% · T9 >RM14j: 0.13%/0%
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Yuran Exchange tier 1
Yuran Exchange tier 1 ialah taker 0.60% dan maker 0.35%
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Order form "Fee (0.6%)" (LU-ex-09-buyform)
Cara kira volume 30 hari
Volume 30 hari dikira sekali sehari, iaitu jumlah dagangan korang di semua pasaran Exchange dalam 30 hari lepas (ditukar ke MYR)
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Di mana nampak volume 30 hari
Exchange → My Orders → SUMMARY "30 day trading volume"
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: My Orders (LU-ex-04-myorders)
Pasangan dagangan MYSUMBER BERCANGGAH
Semua pasaran Exchange Luno Malaysia berasaskan MYR (contoh BTC/MYR dan ETH/MYR), dan tiada pasangan USDT
Percanggahan: Jadual had Instant dalam artikel yuran MY ada baris "BNB/USDT" dan "DOGE/USDT", tapi app MY dan senarai syiling MY tiada BNB, DOGE atau USDT. Anggap baris tu sisa dari negara lain.
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Market picker (LU-ex-06-pairs)
Had order BTC/MYR
Order BTC/MYR di Exchange mesti antara BTC 0.0001 dan BTC 100, pada harga antara RM10,000 dan RM10,000,000
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Minimum order BTC/MYR dalam app
Pada 29 Sep 2026, bila daus taip RM1, app keluar ralat "Must be larger than RM 33" untuk market order dan "RM 34" untuk stop-limit. Minimum ni ikut BTC 0.0001 × harga semasa
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Market order RM1 (LU-ex-13-market-rm1)
Minimum order ETH/MYR dalam app
Pada 29 Sep 2026, bila daus taip RM1 dalam market order ETH/MYR, app keluar ralat "Must be larger than RM 10". Minimum ni ikut ETH 0.001 × harga semasa
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: ETH/MYR market RM1 (LU-ex-22-ethmyr-rm1)
Had order ETH/MYR
Order ETH/MYR di Exchange mesti antara ETH 0.001 dan ETH 100, pada harga antara RM5 dan RM100,000
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Jenis order dalam app
App Luno ada tiga jenis order: Limit (dengan pilihan Post-only), Market dan Stop-limit
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Order form (LU-ex-09-buyform)
Margin, futures dan leverage
App Luno Malaysia tiada margin, futures atau leverage (29 Sep 2026): jenis order cuma Limit, Market dan Stop-limit. Luno kata trading wallet ialah asas untuk produk akan datang seperti spot margin dan perpetual futures, tanpa tarikh dan tanpa sebut Malaysia
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · What is a trading wallet? (dikemas kini 11 Sep 2026) · Skrin app: Order types (LU-ex-10-ordertypes-info)
Time in force
Pilihan time in force ialah Good till cancelled dan Immediate or cancel
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Time in force (LU-ex-11-tif)
Jenis carta app
Line, Candle, Depth; julat 1D/1W/1M/6M/1Y
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Chart type (LU-ex-20-charttype) · Skrin app: Charts (LU-ex-01-tab)
Exchange sebagai skrin utama
Exchange preferences: "Make exchange your home" dan "Show cancelled orders"; Exchange dihidupkan melalui toggle di laci profil
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Exchange preferences (LU-ex-18-settings) · Skrin app: Laci profil (LU-prof-01-menu)
Circuit breaker
Kalau harga bergerak 10% dari purata harga berwajaran volume (dikira setiap 5 minit), circuit breaker hentikan dagangan selama 5 minit. Dalam tempoh tu hanya order limit post-only diproses
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · The circuit breaker for traders explained (dikemas kini 21 Sep 2026)
Trading wallet
Trading wallet dah live untuk pengguna API di semua negara. Untuk app dan web, Indonesia dapat dulu dan Luno tulis "global rollout coming soon"
App MY 29 Sep 2026 guna baki biasa (Assets) untuk Exchange, tiada trading wallet berasingan.
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · What is a trading wallet? (dikemas kini 11 Sep 2026) · Skrin app: Exchange Assets (LU-ex-19-wallets)
Penyelenggaraan dijadual
Pada 30 Sep 2026, 9:00–10:00 AM UTC, Exchange masuk mod penyelenggaraan dan Instant buy/sell fiat terganggu. Order sedia ada kekal
Contoh notis, tarikh berlalu. Guna untuk terang cara baca status page.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno Status
Exchange view dalam app MY
App Luno Malaysia ada Exchange view: tab Exchange di bar bawah, dan suis "Exchange · Advanced trading tools" dalam laci profil
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Exchange tab (LU-ex-01-tab) · Skrin app: Laci profil (LU-prof-01-menu) · How do I toggle Exchange view on and off? (dikemas kini 21 Sep 2026)
Market order
Market order sentiasa dikira taker
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · What is a Market Order and how does it work? (dikemas kini 27 Sep 2026)
Stop-limit tak jamin diisi
Stop-limit jamin had harga tapi tak jamin order diisi; dalam pasaran laju harga boleh lompat melepasi had
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · What is a Stop-limit Order and how does it work? (dikemas kini 27 Sep 2026)
Web app Exchange
Luno Exchange boleh dipasang sebagai web app dari Safari/Chrome ke skrin utama
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · What's the Luno Exchange web app, and how do I install it? (dikemas kini 21 Sep 2026)
Harga terakhir pasangan /MYR (gambaran bertarikh)
Harga dagangan terakhir 51 pasangan /MYR dari API awam Luno (Bitcoin ditulis XBT dalam API) pada 29 Sep 2026, 11:12 waktu Malaysia. Ni gambaran bertarikh, bukan harga semasa: kalkulator guna harga ni untuk kira minimum order dan sebagai harga permulaan, jadi tukar ke harga dalam app hari ni
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno API: GET /api/1/tickers

Staking

Aset staking di app MY
ETH, SOL, ADA, ATOM, DOT, AVAX, NEAR
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Stake list (LU-stake-05-list) · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Yuran servis staking (dari reward)
Luno ambil yuran servis staking dari reward: ADA 20%, DOT 35%, ETH 30%, NEAR 35%, SOL 35%, ATOM 40% dan AVAX 35%. Tiada caj untuk stake atau unstake, dan ARP yang dipapar dah tolak yuran servis
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: ARP info (LU-stake-08-arpinfo)
ARP dipapar (29 Sep 2026)
ETH 1.8%, SOL 3.2%, ADA 1.5%, ATOM sehingga 11.4%, DOT 1.8%, AVAX 3.0%, NEAR 3.3%
Berubah ikut rangkaian; bukan jaminan.
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Stake list (LU-stake-05-list) · Skrin app: Earn (LU-disc-06-earn-shariah)
ARP purata ETH Daus
September 2026 2.0%, Ogos 2026 1.9%
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Reward summary (LU-stake-02-rewardinfo)
Masa maksimum unstakeSUMBER BERCANGGAH
Masa maksimum unstake ialah ADA 1 hari, ATOM 21 hari, DOT 28 hari, ETH 7 hari (boleh lebih ikut permintaan rangkaian), NEAR 2 hari, SOL 2 hari dan AVAX 14 hari
Percanggahan: App (skrin ATOM) tulis "Estimated unstake: Usually within 1 day" manakala help centre beri maksimum 21 hari. Kedua-duanya betul: biasa vs paling lama.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How long will it take to unstake my funds? (dikemas kini 19 Sep 2026)
Staking patuh Syariah
Staking patuh Syariah di Luno ialah ETH (diperakui Amanie Advisors), serta SOL dan ADA (diperakui Sharlife Sdn. Bhd.). Staking ATOM "has not yet been assessed", iaitu belum dinilai
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Is Luno staking Shariah compliant? (dikemas kini 13 Ogos 2026) · Skrin app: ATOM staking (LU-stake-07-atom-2) · Skrin app: Earn Shariah filter (LU-disc-06-earn-shariah)
Kekerapan reward (ATOM)
Setiap 1 hari; reward pertama dalam 1 hari; masuk ATOM Staking Wallet
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: ATOM staking (LU-stake-07-atom-2)
Kekerapan reward (ADA)
Dalam dompet staking ADA daus, reward masuk setiap 5 hari (5, 10, 15, 20 dan 25 Sep 2026)
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Cardano Staking wallet (LU-stake-11-ada-wallet)
Risiko staking
Penalti downtime dan slashing boleh kurangkan crypto yang di-stake (risiko ni ada di Ethereum dan Solana, dan tiada di Cardano). Ada juga risiko peristiwa di luar kawalan Luno
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · What are the risks involved in staking? (dikemas kini 25 Sep 2026)
Reward pertama
Ada tempoh menunggu sebelum reward staking pertama masuk, dari beberapa minit hingga beberapa minggu ikut syiling
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do my staking rewards work? (dikemas kini 27 Sep 2026)

Bundle

Yuran bundle
Bundle dicaj 1% bila beli, 1% bila jual, 1% bila top up dan 1% bila unbundle, serta yuran rebalancing/tracking 2% setahun (dikira harian, ditolak setiap suku tahun)
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Bundle fees (LU-bundle-04-fees)
Had bundle
Setiap transaksi bundle mesti antara RM25 dan RM365,000, kecuali jual semua yang tiada minimum
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Luno Large Cap
Bundle Luno Large Cap ikut indeks CoinDesk 5 (CD5) dan dilaras semula setiap suku tahun. Komposisi pada 29 Sep 2026 ialah BTC 77.47%, ETH 14.91%, XRP 4.27%, SOL 3.35%, dan satu syiling lagi
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Bundle assets (LU-bundle-03-assets) · Skrin app: Bundle info (LU-bundle-05-info)

Hantar & terima crypto

Send crypto lalai
Dalam Security, Send cryptocurrency asalnya "Disabled". Untuk hidupkan, korang kena tanda "I understand…" dan tekan ENABLE SEND
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Security (LU-sec-02-security-lower) · Skrin app: Enable send (LU-send-01-btc)
Caj hantar crypto
Caj hantar crypto dinamik (yuran blockchain dan kos operasi Luno), kecuali XRP yang tetap 0.03%. Jumlah caj yang tepat dipapar sebelum korang sahkan
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Had hantar crypto
Had hantar crypto untuk Level 2 ialah maksimum USD 12,000 setiap 24 jam dan USD 60,000 setiap 30 hari. Untuk Level 3, maksimum USD 120,000 setiap 24 jam dan USD 600,000 setiap 30 hari. Had ni dinamik dan boleh berbeza ikut individu
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Hantar minimum BTC
BTC 0.0001
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Baris "RECEIVE FEE" BTC
Terima crypto percuma. Skrin terima BTC tulis "RECEIVE FEE BTC 0.00000546": itu ambang anti-dusting, iaitu caj sama nilai hanya dikenakan kalau jumlah BTC yang diterima kurang dari BTC 0.00000546
Tafsiran daus menggabungkan skrin app dengan artikel yuran MY; app sendiri tak terang maksud baris ni.
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Receive BTC (LU-recv-03-btc-address)
Travel Rule
Travel Rule terpakai untuk pengguna Malaysia bila hantar dan terima crypto. Korang kena nyatakan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain, sama ada alamat tu wallet peribadi atau platform, dan butiran penerima
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Frequently asked questions about the Travel Rule (dikemas kini 16 Sep 2026)
Hantar ke platform lain
Luno hanya benarkan hantar ke VASP dalam senarai lulus Luno (untuk Malaysia dan Nigeria). Wallet peribadi (contoh Ledger atau MetaMask) dibenarkan kalau korang isi maklumat Travel Rule
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Approved VASPs in Malaysia and Nigeria (dikemas kini 18 Sep 2026) · Frequently asked questions about the Travel Rule (dikemas kini 16 Sep 2026)
Crypto masuk ditahan
Crypto yang masuk dari luar boleh ditahan sementara sampai korang isi maklumat penghantar (nama, warganegara, tarikh lahir dan platform) dalam app
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Frequently asked questions about the Travel Rule (dikemas kini 16 Sep 2026)
Binance dalam senarai VASP
Binance tak berdaftar dengan SC dan diharamkan tawar servis kepada rakyat Malaysia, tapi Luno benarkan hantar ke Binance dengan maklumat Travel Rule lengkap
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Frequently asked questions about the Travel Rule (dikemas kini 16 Sep 2026)
XRP guna Tag
Alamat terima XRP ada Tag (destination tag) yang mesti diisi
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Receive addresses (LU-more-02-receive-coins) · What are XRP tags? (dikemas kini 22 Sep 2026)
Alamat "high-risk"
Luno sekat penghantaran ke alamat yang dikaitkan dengan jenayah, contohnya alamat yang kena sekatan atau berkait ransomware
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · What is a “high-risk” address and why can’t I send funds to one? (dikemas kini 22 Sep 2026)
Hantar crypto tak boleh dibatalkan
Transaksi blockchain tak boleh diterbalikkan selepas dihantar
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Can I reverse or cancel a crypto transaction? (dikemas kini 26 Sep 2026) · Skrin app: Enable send (LU-send-01-btc)
Hantar sedikit dulu
Luno cadang hantar jumlah kecil dulu sebelum jumlah besar
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I send cryptocurrency? (dikemas kini 24 Sep 2026)
Caj hantar ikut blockchain
Caj hantar ikut permintaan blockchain, bukan ikut jumlah yang dihantar. Jadi satu hantaran besar lebih jimat dari banyak hantaran kecil
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Why is the fee for sending crypto sometimes so high? (dikemas kini 20 Ogos 2026)
Had hantar bergulir
Had hantar dikira ikut tempoh bergulir 24 jam dan 30 hari, bukan ikut hari kalendar
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Why is my send amount limited? (dikemas kini 31 Ogos 2026)
Masa terima crypto
Anggaran masa crypto sampai di Luno ialah dari 5 minit hingga 2 jam, dan boleh lebih lama bila rangkaian sibuk, sebab transaksi perlu cukup confirmation
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How long does it take to receive cryptocurrency to my Luno wallet? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Memo ATOM
Luno tak perlukan memo untuk terima ATOM, sebab setiap pengguna ada alamat ATOM sendiri. Bila hantar ATOM ke exchange lain, isi memo kalau exchange tu minta
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Should I use a memo when sending ATOM? (dikemas kini 19 Jul 2026)
Tag XRP
Jangan hantar XRP ke Luno tanpa tag. Alamat terima XRP di Luno ada dua bahagian, iaitu alamat dan tag
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · What are XRP tags? (dikemas kini 22 Sep 2026)
Maklumat dikongsi (Travel Rule)
Di Malaysia, Luno mungkin kongsi nama, nombor identiti dan alamat kediaman korang dengan platform penerima yang diluluskan
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Frequently asked questions about the Travel Rule (dikemas kini 16 Sep 2026)
Dasar Pertukaran Asing BNM (FEP)
Bawah Dasar Pertukaran Asing BNM, hantar crypto ke exchange luar negara atau wallet peribadi dikira pelaburan aset mata wang asing. Kalau korang ada Pinjaman Ringgit Domestik (DRB), hadnya RM1,000,000 setahun untuk individu (reset 1 Januari), dan lebih dari tu perlu kelulusan BNM
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · What should I do if I've reached my foreign exchange limit? (dikemas kini 19 Sep 2026) · What is foreign exchange information and why does Luno need it? (dikemas kini 3 Jun 2026)

Aset & Syariah

Stablecoin di Luno MYSUMBER BERCANGGAH
Luno Malaysia tak senaraikan stablecoin (USDT, USDC dll) dan privacy coin
Percanggahan: Artikel yuran MY ada baris BNB/USDT dan DOGE/USDT dalam jadual had, dan jadual hantar minimum global ada USDT/USDC. App MY (29 Sep 2026) tiada USDT/USDC langsung.
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Understanding how Luno Malaysia lists and delists digital assets (dikemas kini 31 Mac 2026) · Which cryptocurrencies and transfer networks are supported on Luno? (dikemas kini 24 Sep 2026) · Skrin app: Choose crypto (LU-buy-00b-assets)
Bilangan aset di app MYSUMBER BERCANGGAH
Luno Malaysia ada lebih 50 aset pada 29 Sep 2026: 52 dalam senarai beli app dan 52 dalam senarai syiling MY di pusat bantuan, walaupun Home app tulis "47 available"
Percanggahan: Home app tulis "Manage assets · 47 available" (senarai watchlist). HYPE dinyatakan "Only available in South Africa, Nigeria and Malaysia" dalam artikel rangkaian, tapi tiada dalam app MY atau senarai MY.
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Choose crypto (LU-buy-00b-assets) · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026)
Kategori aset (boards)SEMAK
Aset di Luno dibahagi kepada Main board dan high-risk boards (contoh memecoin dan exchange token) yang ada label amaran. Stablecoin dan privacy coin dilarang
Perlu semak: Semakan 52 syiling dalam app (29 Sep 2026, fakta coins.labels.app) tiada label high-risk. Semak semula bila syiling baru disenarai.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Understanding how Luno Malaysia lists and delists digital assets (dikemas kini 31 Mac 2026)
Label dalam senarai syiling app MY
Daus semak semua 52 syiling dalam Discover → Crypto → All crypto pada 29 Sep 2026. Label yang ada cuma "x% reward" (boleh stake) dan "Early stage" (contoh Berachain), dan tiada label high-risk atau memecoin pada mana-mana syiling
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: All crypto (Show more) (LU-disc-07-earlystage)
Delisting
Bila syiling nak didelist, Luno beri notis awal dan tutup Buy dulu. Korang dibantu untuk jual atau pindah syiling tu, dan dalam kes luar biasa baki boleh ditukar automatik ke MYR
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Understanding how Luno Malaysia lists and delists digital assets (dikemas kini 31 Mac 2026)
Syiling patuh Syariah (SAC SC, ikut Luno)
Senarai syiling patuh Syariah Luno (ikut kajian Majlis Penasihat Syariah SC) ada 12 syiling: BTC, ETH, ADA, XRP, SOL, POL, AVAX, LINK, UNI, ATOM, LTC dan XLM
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Which crypto assets are considered Shariah Compliant? (dikemas kini 28 Sep 2026) · Skrin app: Discover Shariah compliant (LU-disc-02-crypto)
Ciri Luno yang tiada di Malaysia
Ciri Luno ni tiada di Malaysia: Luno Pay (Afrika Selatan), saham/ETF tokenised dan Blue Chip+ (Afrika Selatan dan Nigeria), Prediction Markets (Afrika Selatan dan Nigeria), USDC Earn (Afrika Selatan), dan trading wallet untuk app dan web (Indonesia dulu)
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Where can I use Luno Pay? (dikemas kini 28 Sep 2026) · Which stocks and ETFs are available on Luno? (dikemas kini 25 Sep 2026) · How Luno’s Prediction Markets work (dikemas kini 28 Sep 2026) · How do I earn interest on my USDC? (dikemas kini 26 Sep 2026) · What is a trading wallet? (dikemas kini 11 Sep 2026) · Skrin app: App Store preview "*Only available in South Africa" (LU-zero-02-appstore-page)
TON jadi GRAM
Pada 31 Julai 2026, Toncoin (TON) dinamakan semula Gram (GRAM). Baki ditukar 1:1 dan alamat kekal sama
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · TON is rebranding to GRAM (July 2026) (dikemas kini 4 Ogos 2026)
MKR jadi SKY
Selepas 25 Ogos 2025, MKR tak boleh didagang lagi. SKY disenarai menjelang 28 Ogos 2025, dan baki MKR ditukar ke SKY secara automatik
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Maker (MKR) is becoming Sky (SKY) - August 2025 (dikemas kini 20 Sep 2026)
FTM jadi S
Pada Mei 2025, Fantom (FTM) diganti Sonic (S) 1:1 secara automatik
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Fantom (FTM) has become Sonic (S) (dikemas kini 21 Sep 2026)
MATIC jadi POL
Mulai 7 Ogos 2025, app papar POL (contoh POL/MYR) sebagai ganti MATIC
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · MATIC tokens are changing to POL tokens (August 2025) (dikemas kini 29 Jan 2026)
Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan
Bayan Linnas Siri 153 (15 Nov 2018) oleh Mufti Wilayah Persekutuan kata penggunaan Bitcoin masa kini sebagai mata wang dilarang kerana tak menepati ciri mata wang dalam Islam dan tiada kawal selia. Hukum boleh berubah jika keadaan berubah
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Mufti WP: Bayan Linnas 153
Pandangan Mufti Selangor
Fatwa Mufti Selangor bertarikh 17 Ogos 2021 kata harus berurus niaga dengan mata wang digital sebagai perantara bayaran, pemindahan wang dan aset simpanan jika memenuhi parameter, antaranya melalui platform berlesen dan dikawal selia, pengguna faham risikonya, dan tidak untuk aktiviti haram
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Mufti Selangor: Hukum Mata Wang Kripto (27 Okt 2023)
Pendirian Luno tentang Syariah
Luno kata aset patuh Syariah dilabel dalam app dan disemak oleh institusi penasihat Islam, dan pensijilan tu diperbaharui setiap tahun
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno: Sharia
Syiling yang boleh hantar/terimaSUMBER BERCANGGAH
Artikel rangkaian Luno tulis hantar dan terima TIDAK disokong untuk BERA, DOT, ENS, GRAM, HBAR, INJ, JUP, NEAR, ONDO, OP, PYTH, RENDER, S, SEI, SUI, TAO, TIA, XAUT, XLM
Percanggahan: Senarai Create receive address dalam app MY masih ada ENS, JUP, ONDO, OP, PYTH, RENDER dan XAUT. Jangan hantar syiling ni masuk atau keluar dulu: artikel rasmi kata hantar dan terima tak disokong, jadi tunggu sampai Luno sahkan (tanya support).
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Which cryptocurrencies and transfer networks are supported on Luno? (dikemas kini 24 Sep 2026) · Skrin app: Create receive address (LU-recv-05-coins-1)
TAO di MalaysiaSUMBER BERCANGGAH
TAO ada dalam senarai syiling MY dan app, tapi artikel rangkaian tulis TAO "Only available in South Africa, Nigeria, Indonesia"
Percanggahan: Dua artikel rasmi bercanggah; app MY papar TAO boleh dibeli.
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Which cryptocurrencies and transfer networks are supported on Luno? (dikemas kini 24 Sep 2026) · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Choose crypto (LU-buy-00b-assets)
XAUT: hadSEMAK
Tether Gold (XAUT) ada dalam senarai MY dan app, tapi tiada baris had Instant dan tiada pasangan Exchange dalam artikel yuran MY
Perlu semak: Had XAUT belum diterbitkan.
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno fees and limits in Malaysia (dikemas kini 25 Sep 2026) · Skrin app: Newly listed (LU-disc-01-top)

Akses akaun

SMS OTP tak sampai
Kalau SMS OTP tak sampai, tunggu satu minit dan tekan RESEND SMS. Semak folder spam atau mesej disekat, dan app penapis mesej (contoh Truecaller). Kalau masih tiada, cuba lagi kemudian atau hubungi support
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · I’m not receiving the SMS code. How do I fix it? (dikemas kini 28 Sep 2026)
OTP melalui WhatsApp
Luno mungkin hantar OTP melalui WhatsApp sebagai ganti SMS. Mesej tu cuma ada kod nombor, dan nama penghantar bukan "Luno" dan boleh bertukar. Luno tak guna WhatsApp untuk support atau untuk hantar link
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Is the verification code I received on WhatsApp legitimate? (dikemas kini 21 Sep 2026)
Trusted device
OTP log masuk dihantar sebagai push notification ke trusted device. Peranti lama boleh dibuang walaupun dah tiada di tangan (korang perlu terima SMS di nombor asal), dan lepas tu OTP dihantar ke emel
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · I can't sign in to my Luno account (dikemas kini 28 Sep 2026) · My phone is lost, stolen or replaced (dikemas kini 27 Sep 2026) · Skrin app: Your devices (LU-sec-05-devices)
Tahan 48 jam lepas tukar phone
Tukar trusted device atau set semula 2FA di phone baru akan tahan hantar crypto dan withdraw tunai selama 48 jam secara automatik; akaun masih boleh diguna
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · My phone is lost, stolen or replaced (dikemas kini 27 Sep 2026)
Hilang app authenticator (2FA)
Kalau app authenticator (2FA) hilang, tekan HAVING TROUBLE semasa log masuk, kemudian I can't access my authentication app, kemudian Account recovery. Untuk pulihkan cara ni, korang perlu akses emel utama dan nombor telefon akaun. Cara lain ialah pulihkan app authenticator guna setup key yang korang simpan masa mula-mula set 2FA
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · I can't access my authentication app. What can I do? (dikemas kini 26 Sep 2026)
Kod 2FA 6 digit tak jalan
Sebab paling biasa kod 2FA 6 digit tak jalan ialah tetapan masa di telefon tak tepat
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · I've lost access to my Luno account. How do I recover my account? (dikemas kini 26 Sep 2026)
Selfie with ID and note
Luno minta gambar berwarna muka korang memegang dokumen identiti dan nota tulisan tangan (bukan cetak) yang ada tarikh hari tu, ayat "For Luno use only" dan tindakan yang diminta. Luno mungkin juga buat panggilan keselamatan
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I take a good selfie with ID and note? (dikemas kini 28 Sep 2026) · I can't access my 2FA authentication app (dikemas kini 17 Sep 2026)
Satu akaun seorang
Luno benarkan satu akaun verified untuk setiap orang. Akaun tambahan akan digantung sebagai akaun pendua
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · I forgot my sign-in email address (dikemas kini 28 Sep 2026) · I created a new Luno account because I couldn’t access my previous account (dikemas kini 28 Sep 2026)
Lupa password
Kalau lupa password, guna Forgot password. Korang perlu OTP 6 digit yang dihantar ke emel dan OTP yang dihantar ke nombor telefon (atau kod app 2FA kalau korang guna 2FA)
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · I've lost access to my Luno account. How do I recover my account? (dikemas kini 26 Sep 2026)
Lupa emel akaun
Kalau lupa emel akaun, cari emel "Welcome to Luno" atau emel dari penghantar @luno.com, semak kata laluan yang tersimpan di telefon, dan cuba Continue with Google atau Apple. Kalau masih tak jumpa, hubungi support
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · I forgot my sign-in email address (dikemas kini 28 Sep 2026)
Mesej "Too many requests"SEMAK
Tiada artikel rasmi Luno yang terangkan mesej ni
Perlu semak: Tiada sumber rasmi. Jangan beri angka masa tunggu.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Carian pusat bantuan Luno (343 artikel, 29 Sep 2026)

Rujukan & ganjaran

Kod rujukan Daus
A4GXQJ
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Refer friends (LU-ref-01-page)
Reward rujukanSEMAKSUMBER BERCANGGAH
RM75 dalam Bitcoin untuk kawan dan untuk daus, ikut tahap daus (Level 3) pada 29 Sep 2026
Percanggahan: Banner Discover → Earn tulis "get up to RM150 in Bitcoin", manakala skrin Refer tulis setiap seorang dapat RM75. Daus anggap RM150 ialah jumlah untuk dua orang; kawan dapat RM75, bukan RM150.
Perlu semak: Jumlah ikut tahap daus; bila tahap dinilai (masa kawan daftar atau masa kawan beli) belum disahkan.
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Refer friends (LU-ref-01-page) · Skrin app: How it works (LU-ref-02-howitworks) · How to level up your Luno rewards (dikemas kini 22 Sep 2026)
Syarat rujukan
Untuk layak, kawan yang dirujuk mesti daftar dan lulus verify, masukkan kod, dan beli crypto bernilai RM250 melalui Luno. Artikel rasmi tambah yang pembelian tu mesti guna Wallets, bukan Exchange
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: How it works (LU-ref-02-howitworks) · A guide to earning rewards with Luno (dikemas kini 28 Sep 2026)
Tip daus: beli RM260 sekali gus
Tip daus: beli sekurang-kurangnya RM260 sekali gus melalui Instant Buy. Caj Instant 2% diambil dari jumlah yang korang beli, jadi kalau korang beli tepat RM250, nilai crypto yang masuk cuma lebih kurang RM245, iaitu bawah syarat RM250
RM260 ialah penampan yang daus sendiri cadangkan untuk caj 2%, bukan syarat rasmi Luno. Syarat rasmi: beli crypto bernilai RM250 melalui Wallets (Instant Buy), bukan Exchange. Kiraan: 2% daripada RM250 ialah RM5, jadi nilai crypto lebih kurang RM245.
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: How it works (syarat RM250) (LU-ref-02-howitworks) · A guide to earning rewards with Luno (dikemas kini 28 Sep 2026) · Halaman Luno di dausdk.app (panduan daus: beli RM260 sekali gus guna Instant Buy)
Tempat masukkan kod
Kod rujukan dimasukkan di Rewards → Redeem → masukkan kod → Apply code, dengan maksimum 5 cubaan sehari
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · A guide to earning rewards with Luno (dikemas kini 28 Sep 2026) · Skrin app: Enter a code (LU-ref-08-redeem)
Bila reward boleh dituntut
Reward rujukan boleh dituntut 30 hari selepas syarat dipenuhi, dan mesti dituntut dalam 3 bulan atau reward luput
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: How it works (LU-ref-02-howitworks) · A guide to earning rewards with Luno (dikemas kini 28 Sep 2026) · Luno: Rewards and promotions terms
Tahap rujukan MY
Tahap rujukan Malaysia: Level 1 dapat RM25, Level 2 dapat RM50 dan Level 3 dapat RM75 untuk setiap rujukan. Tahap naik bila korang buat Instant buy/sell sekurang-kurangnya sekali sebulan (6 bulan untuk Level 2, 12 bulan untuk Level 3)
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Level up (LU-ref-07-levelup) · How to level up your Luno rewards (dikemas kini 22 Sep 2026)
Siapa layak guna kod
Kod rujukan untuk pelanggan baru, dan setiap orang boleh guna satu kod sahaja. Kod boleh ditambah sehingga 30 hari selepas daftar, walaupun korang dah buat deposit, beli atau jual pertama
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · A guide to earning rewards with Luno (FAQ: first transaction without the code) (dikemas kini 28 Sep 2026) · Luno: Rewards and promotions terms
Price Predict
Price Predict percuma untuk masuk. Korang ramal harga Bitcoin dalam dolar AS, dan hadiah dibayar dalam Bitcoin (jumlah tabung dipapar dalam USD dalam app; contoh 29 Sep 2026: mingguan USD1,250 dan bulanan USD5,000). Hadiah luput kalau tak dituntut dalam 3 bulan, dan Bitcoin yang ditebus boleh diguna selepas 30 hari
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: How does Price Predict work (LU-pp-02-howtoplay) · Skrin app: Price Predict (LU-pp-01-pricepredict) · Luno Price Predict: The Rules
Apex League Trading Contest 2026
Apex League Trading Contest 2026 anjuran Luno Malaysia berjalan 24 Ogos hingga 19 Okt 2026, untuk pemastautin Malaysia di Level 3
Tamat 19 Okt 2026; pindah ke changelog lepas tu.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno: Apex League Trading Contest 2026 T&C
Jom Invest Je (MY)
Giveaway Jom Invest Je berjalan 4 Mei 2026 hingga 23 Ogos 2026, dan dah tamat
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno: Malaysia Jom Invest Je T&C
Luno & AirAsia rewards (MY)
Kempen Luno & AirAsia rewards berjalan 15 Apr 2025 hingga 15 Jul 2025, dan dah tamat
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno: Rewards and promotions

Keselamatan

Kunci app
Bila app dibuka semula, app minta Luno PIN 4 digit. Skrin PIN ada pautan "Forgot PIN?" untuk yang lupa
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Skrin kunci (LU-lock-01-pin)
Syarat passwordSEMAK
Password Luno mesti sekurang-kurangnya 16 aksara, dengan 1 huruf besar, 1 huruf kecil, 1 aksara khas dan 1 nombor, dan tak boleh ada lebih 2 aksara sama berturut (ikut skrin cipta password baru di Security → Password)
Perlu semak: Hanya dari skrin tukar password; pusat bantuan tak nyatakan syarat ni.
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Change password (LU-sec-07-password)
Pilihan keselamatan dalam app
Password, Passkeys, Two-factor authentication (app authenticator), Face ID, Devices, API keys, Send cryptocurrency
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Security (LU-sec-01-security)
Whitelist alamatSEMAK
Tiada tetapan whitelist alamat dalam skrin Security app Luno Malaysia (29 Sep 2026)
Perlu semak: Tiada juga dalam artikel help centre selain glosari.
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Security (LU-sec-02-security-lower)
Passkey/2FA untuk hantar
Setiap penghantaran crypto perlu disahkan dengan passkey atau 2FA
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Passkey or 2FA required to send cryptocurrency (dikemas kini 29 Ogos 2026)
Kunci akaun sendiri
Korang boleh kunci akaun sendiri guna link "Lock your account" di bawah mana-mana emel notifikasi Luno. Akaun dikunci 7 hari (beli, jual, hantar, deposit, withdraw dan Exchange dimatikan), dan Luno tak boleh buka kunci lebih awal
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I lock my Luno account? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Akaun diceroboh: langkah
Kalau akaun diceroboh, Luno suruh korang kunci akaun, laporkan aktiviti mencurigakan, matikan Send, tukar password, dan buang peranti serta API key yang korang tak kenal
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · I think my account has been compromised. What should I do? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Tempoh tunggu hidupkan Send
Lepas korang minta hidupkan Send, ada tempoh tunggu antara 24 jam dan 14 hari sebelum Send aktif. Tujuannya keselamatan: kalau pencuri berjaya masuk akaun, dia tak boleh terus hantar crypto keluar, dan korang ada masa untuk laporkan dan selamatkan akaun. Luno juga boleh matikan Send secara automatik selepas beberapa bulan tak guna, atau bila passkey atau 2FA dibuang
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Protect your wallet by disabling the option to send cryptocurrency (dikemas kini 22 Sep 2026)
Luno TAK AKAN
Luno tak akan hubungi korang tanpa diminta (kalau korang tak buka tiket support dulu) untuk suruh korang buang trusted device, passkey atau 2FA, hidupkan Send, atau kongsi OTP atau PIN telefon. Luno juga tak akan suruh korang jangan log masuk atau jangan guna akaun korang untuk tempoh yang lama. WhatsApp cuma dipakai untuk hantar kod OTP, bukan untuk support
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Beware of fake support calls and emails targeting Luno accounts (dikemas kini 22 Sep 2026) · I can't sign in to my Luno account (dikemas kini 28 Sep 2026) · Is the verification code I received on WhatsApp legitimate? (dikemas kini 21 Sep 2026)
Akaun sosial rasmi (Malaysia)
Akaun sosial rasmi Luno untuk Malaysia ialah Instagram Malaysia, Facebook Malaysia, Facebook Community Group Malaysia dan Telegram Malaysia, serta X, TikTok, YouTube dan LinkedIn global. Akaun lain bukan diurus oleh Luno
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · What are Luno's official social media accounts? (dikemas kini 5 Sep 2026)

API

API key: di mana
Dalam app, Security → API keys papar senarai API key (akaun daus belum ada key) dan butang CREATE API KEY. Pusat bantuan kata app akan bawa korang ke pelayar web untuk cipta key, dan secret key hanya dipapar sekali
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: API keys (LU-sec-06-apikeys) · How do I create a Luno API key? (dikemas kini 14 Ogos 2026)
Had kadar API
API Luno benarkan 300 panggilan seminit. Lebih dari tu, API pulangkan ralat HTTP 429
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno API documentation
Permission API
Contoh: Perm_R_Balance, Perm_R_Transactions, Perm_W_Send, Perm_R_Orders, Perm_W_Orders, Perm_W_Withdrawals; key hanya boleh panggil fungsi yang dibenarkan
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno API documentation
OTC Desk
OTC Desk Luno terima dagangan minimum USD50,000 dan maksimum USD2 juta setiap dagangan (dagangan lebih besar boleh diatur)
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Making large trades with the Luno OTC Desk (dikemas kini 27 Sep 2026)

Akaun

Yuran tak aktif
Kalau akaun tiada transaksi 12 bulan berturut, Luno caj yuran tak aktif USD2 sebulan (atau setara mata wang tempatan) atas baki tunai sahaja. Yuran ni tak sentuh crypto dan tak jadikan baki negatif
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · What is the inactivity fee? (dikemas kini 21 Ogos 2026)
Tutup akaun dalam app
Dalam app, Settings → Close account ada tiga langkah: kenal pasti akaun, kosongkan baki, dan semak emel
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Account closure process (LU-set-09-closeaccount) · How do I clear my Luno account of all funds? (dikemas kini 24 Sep 2026)
Baki kecil akaun si mati
Kalau baki akaun si mati bawah USD10, baki tu diambil sebagai yuran proses dan akaun ditutup. Baki atas USD10 dihantar ke akaun bank yang diluluskan undang-undang
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I access the crypto of a deceased Luno customer? (dikemas kini 16 Sep 2026)
Umur minimum
Terma Luno Malaysia kata pengguna mesti berumur 18 tahun ke atas, dan polisi privasi Luno kata produk Luno bukan untuk orang bawah 18 tahun
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno Malaysia: Terms of use · Luno: Privacy policy
Dulu daftar guna Facebook
Pilihan log masuk guna Facebook dah tiada di Luno. Kalau korang ingat password Luno, log masuk guna emel dan password tu. Kalau tak pernah set password, di skrin log masuk tekan HAVING TROUBLE → Forgot my password → Continue, dan guna emel yang disambung pada akaun Facebook masa daftar. Emel tu boleh dicari dalam bahagian About (maklumat hubungan) profil Facebook
Kalau masih tersangkut, artikel suruh hubungi support dan sebut dulu guna Facebook, serta apa yang dah dicuba.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · I can't sign in with Facebook anymore (dikemas kini 29 Jun 2026)
Kenapa Luno minta lokasi
Luno minta lokasi untuk pastikan korang tak guna Luno di negara yang disekat atau tak disokong. Permintaan lokasi muncul bila korang buat transaksi
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno asked me to share my location. Why? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Log masuk dari luar negara
Luno boleh sekat log masuk yang datang dari luar negara tempat akaun korang disahkan, sebab log masuk dari luar negara ialah tanda biasa akaun diceroboh
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Why can’t I sign in to my Luno account from a different country? (dikemas kini 22 Sep 2026)
Negara yang Luno tak sokong
Luno tak boleh diguna untuk transaksi di 33 negara dan wilayah ni: Afghanistan, Algeria, Bangladesh, Belarus, Burundi, Republik Afrika Tengah, China, Congo, Cuba, Republik Demokratik Congo, Mesir, Eritrea, Ethiopia, Guinea-Bissau, Iran, Iraq, Kuwait, Kyrgyzstan, Lubnan, Libya, Mali, Maghribi, Myanmar, Nepal, Korea Utara, Qatar, Rusia, Somalia, Sudan Selatan, Sudan, Syria, Ukraine dan Yaman
Senarai disalin dari artikel (dikemas kini 1 Sep 2026). Arab Saudi, Singapura dan UAE tiada dalam senarai.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Which countries can I use my Luno account in? (dikemas kini 1 Sep 2026)
Berada di negara tak disokong
Kalau korang melancong atau pindah ke negara yang Luno tak sokong, korang tak boleh buat transaksi dengan akaun Luno selagi berada di situ. Dana kekal selamat dalam wallet, dan fungsi akaun pulih bila korang keluar dari negara tu. Kalau pindah terus ke negara tu, support boleh bantu withdraw sekali gus ke akaun bank atas nama sendiri, atau ke alamat crypto yang Luno semak dan luluskan
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Which countries can I use my Luno account in? (dikemas kini 1 Sep 2026)
Berada di negara lain (bukan senarai tak disokong)
Di negara yang tiada dalam senarai tak disokong, korang boleh guna Luno macam biasa sehingga 3 bulan. Lepas 3 bulan di luar negara tempat korang daftar, korang kena verify semula profil untuk negara baru; kalau tak nak, akaun cuma boleh diguna semula bila korang balik ke negara asal
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Which countries can I use my Luno account in? (dikemas kini 1 Sep 2026)
Akaun dikunci sebab capai had
Kalau akaun dikunci sebab capai had, hantar dokumen tambahan melalui Settings → Verification
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · My account is locked (dikemas kini 25 Sep 2026)
Kenapa Luno tutup akaun
Antara sebab Luno tutup akaun ialah ralat operasi (contoh daftar di negara yang Luno tak beroperasi), aktiviti haram atau penipuan, langgar Terms of Use, dan risiko kawal selia. Luno tak wajib beri sebab
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Why was my Luno account closed? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Bila Luno keluar dari satu wilayah (2026)
Bila Luno hentikan servis di satu wilayah pada 2026, Luno beri notis 3 bulan melalui emel dan notifikasi dalam app, hantar peringatan berkala, matikan hantar crypto dulu, tutup akaun pada tarikh akhir, dan terbitkan panduan untuk tuntut dana yang belum dikeluarkan
Artikel tak namakan wilayah tu dan bukan tentang Malaysia. Dipakai sebagai contoh cara Luno keluar dari sesuatu pasaran.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Guidance for customers in regions where Luno no longer provides service (dikemas kini 17 Sep 2026)
Syarat tutup akaun
Untuk tutup akaun, batalkan repeat buy dan bayaran berjadual dulu, kosongkan akaun, dan jangan guna akaun selama 30 hari. Baki bawah USD10 yang masih tinggal diambil sebagai yuran proses
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I close my account? (dikemas kini 26 Sep 2026)
Pindah negara
Kalau pindah negara, kosongkan wallet mata wang tempatan, tukar Country dalam Settings, kemudian hubungi support dan hantar dokumen negara baru. Ciri dan syiling di negara baru mungkin berbeza
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · I have a Luno account, but I’ve moved countries and want to change currencies. What now? (dikemas kini 28 Ogos 2026)
Dokumen waris (Malaysia)
Untuk tuntut akaun Luno si mati di Malaysia, waris perlu hantar emel dan nombor ID si mati, salinan ID dan sijil kematian yang disahkan, Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi Malaya (atau surat Amanah Raya untuk pusaka kecil aset alih sahaja, nilai sehingga RM600,000), ID dan bukti alamat wasi atau pentadbir, dan bukti akaun bank pusaka. Semua dokumen dalam PDF
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I access the crypto of a deceased Luno customer? (dikemas kini 16 Sep 2026)
Akaun bisnes Malaysia
Akaun bisnes Luno Malaysia dimohon melalui pelayar web, bukan app. Sdn Bhd perlu sediakan sifat perniagaan, nombor SST, dokumen pendaftaran syarikat yang disahkan (tak lebih 3 bulan), profil SSM, bukti alamat, dan carta pemilikan untuk pemegang 25% ke atas
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Malaysian business account application requirements (dikemas kini 27 Ogos 2026)
Dokumen sumber dana
Contoh dokumen sumber dana ialah slip gaji, kontrak kerja, penyata pendapatan perniagaan, penyata pelaburan, perjanjian jualan dan penyata cukai, dalam format PDF dan tak lebih 3 bulan
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Which documents can I submit to verify my source of funds? (dikemas kini 28 Sep 2026)
Bukti alamat
Bukti alamat mesti ada nama penuh, alamat kediaman dan tarikh tak lebih 3 bulan, contohnya bil utiliti, penyata ISP atau penyata bank
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Proof of residential address - accepted documents (dikemas kini 16 Sep 2026)
Kenapa Luno minta penyata bank
Luno minta penyata bank untuk sahkan akaun bank tu milik korang, sahkan sumber dana, selesaikan masalah withdraw, atau jadikan bukti bayaran
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Why does Luno need my bank statement? (dikemas kini 22 Sep 2026)

Rekod & cukai

E-invoice bulananSUMBER BERCANGGAH
Luno emel e-invoice PDF bulanan dalam 2 minggu pertama setiap bulan, bermula Julai 2025. Password PDF ialah 6 aksara terakhir nombor IC atau pasport korang (atau TIN untuk syarikat). Yuran dalam e-invoice termasuk SST 8%. E-invoice juga ada dalam app (laci → E-invoices)
Percanggahan: Senarai E-invoices dalam app daus mula dari November 2025 dan tak boleh skrol lagi, walhal help centre kata e-invoice bermula Julai 2025 (dan bulan tanpa transaksi tiada e-invoice). Punca belum pasti.
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · How do I download my e-invoice from Luno Malaysia? (dikemas kini 23 Feb 2026) · Skrin app: Monthly e-invoices (LU-einv-01-list)
Penyata wallet (PDF/CSV)
Penyata wallet (PDF atau CSV) hanya boleh dimuat turun di web: Portfolio → pilih wallet → DOWNLOAD STATEMENT → pilih tarikh, PDF atau CSV
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I download my wallet statement? (dikemas kini 28 Sep 2026)
LHDN: bila untung dilapor (soalan 3)SEMAK
Kalau untung crypto memang kena cukai, LHDN kata cukai dikenakan pada tarikh crypto dijual atau dilupuskan, ikut subseksyen 24(1) Akta Cukai Pendapatan 1967. Dalam soalan 3 kepada LHDN, crypto dibeli 1 Jan 2025 dan dijual 31 Dis 2027, jadi LHDN jawab untung tu dilapor dalam Tahun Taksiran 2027 (untuk individu)
Perlu semak: Pautan PDF LHDN pulangkan HTTP 500 pada 29 Sep 2026; teks disahkan dari salinan projek Hata (22 Sep 2026).
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · LHDN: Kompilasi Soalan dan Jawapan SPK 2024, sesi 23 Okt 2024 (Topik 3 mata wang digital)
LHDN: modal atau hasil (soalan 5)SEMAK
LHDN kata sama ada untung crypto kena cukai bergantung pada sifat untung tu, iaitu bersifat modal atau bersifat hasil, dan pada petunjuk perdagangan. Pelaburan crypto dianggap aktiviti perniagaan kalau ia berterusan, sistematik, aktif, membawa risiko kewangan dan bertujuan buat untung. Transaksi yang kerap lebih menunjukkan sifat perdagangan berbanding transaksi terpencil
Perlu semak: Pautan PDF LHDN pulangkan HTTP 500 pada 29 Sep 2026; teks disahkan dari salinan projek Hata (22 Sep 2026).
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · LHDN: Kompilasi Soalan dan Jawapan SPK 2024, sesi 23 Okt 2024 (Topik 3 mata wang digital)
LHDN: satu transaksi selepas 10 tahun (soalan 2)SEMAK
Dalam soalan 2 kepada LHDN, seseorang beli Bitcoin 10 tahun lepas dan sekarang guna Bitcoin tu untuk beli kereta. LHDN jawab, kalau itu satu-satunya transaksi dalam tempoh 10 tahun tu, untungnya tidak tertakluk kepada cukai. LHDN tambah, setiap kes dan fakta sebenar tetap diperhalusi
Perlu semak: Pautan PDF LHDN pulangkan HTTP 500 pada 29 Sep 2026; teks disahkan dari salinan projek Hata (22 Sep 2026).
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · LHDN: Kompilasi Soalan dan Jawapan SPK 2024, sesi 23 Okt 2024 (Topik 3 mata wang digital)
LHDN: nilai dalam Ringgit (soalan 6 dan 7)SEMAK
Untuk lapor cukai, nilai crypto mesti ditukar ke Ringgit Malaysia ikut nilai pada masa transaksi. LHDN juga kata untung dari tukar crypto ke Ringgit yang dah direalisasi dikenakan cukai pendapatan
Perlu semak: Pautan PDF LHDN pulangkan HTTP 500 pada 29 Sep 2026; teks disahkan dari salinan projek Hata (22 Sep 2026).
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · LHDN: Kompilasi Soalan dan Jawapan SPK 2024, sesi 23 Okt 2024 (Topik 3 mata wang digital)
LHDN: rugi perniagaan crypto (soalan 4)SEMAK
Kalau perniagaan crypto rugi dalam satu tahun, LHDN kata rugi larasan tu boleh ditolak dari pendapatan agregat tahun yang sama. Baki rugi yang tak habis diserap boleh dibawa ke hadapan untuk ditolak dari pendapatan perniagaan tahun berikutnya, terhad kepada 10 tahun taksiran berturut-turut
Perlu semak: Pautan PDF LHDN pulangkan HTTP 500 pada 29 Sep 2026; teks disahkan dari salinan projek Hata (22 Sep 2026).
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · LHDN: Kompilasi Soalan dan Jawapan SPK 2024, sesi 23 Okt 2024 (Topik 3 mata wang digital)
Kementerian Kewangan pasal cukai crypto (Ogos 2025)SEMAK
Menurut laporan Malay Mail pada 29 Ogos 2025, Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis Parlimen kata pendapatan dari aktiviti crypto seperti dagangan, perlombongan dan pertukaran di Malaysia tertakluk kepada cukai pendapatan bawah Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967
Perlu semak: Sumber ialah laporan berita tentang jawapan bertulis Parlimen; teks jawapan Parlimen asal belum ditemui di laman rasmi.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Malay Mail (29 Ogos 2025): MOF clarifies crypto trading, mining and exchange taxable under Income Tax Act
Siapa lapor cukai
Terma Luno Malaysia kata pengguna sendiri bertanggungjawab tentukan cukai yang terpakai pada transaksi dalam akaun Luno, dan lapor serta bayar cukai kepada pihak berkuasa cukai
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno Malaysia: Terms of use
LHDN: cara kesan transaksi crypto (soalan 1)SEMAK
LHDN kata ia bekerjasama dengan pihak ketiga yang terlibat secara langsung dengan operasi dan aktiviti wang digital, bertukar maklumat dengan pentadbir cukai negara lain, dan pantau media sosial, platform wang digital dan laman web setiap hari
Perlu semak: Pautan PDF LHDN pulangkan HTTP 500 pada 29 Sep 2026; teks disahkan dari salinan projek Hata (22 Sep 2026).
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · LHDN: Kompilasi Soalan dan Jawapan SPK 2024, sesi 23 Okt 2024 (Topik 3 mata wang digital)
E-invoice bermula
E-invoice bulanan Luno bermula untuk transaksi Julai 2025
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · How do I download my e-invoice from Luno Malaysia? (dikemas kini 23 Feb 2026)

Bantuan & aduan

Saluran bantuan dalam app
Dalam app, bantuan bermula di Help (dalam laci), iaitu chat dengan Toshi (pembantu AI, dikuasakan oleh Ada), dan kalau perlu, tiket. Help juga ada Inbox dan "Report suspicious activity". Butang ? di setiap skrin buka FAQ dan Chat with us
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Toshi (LU-help-04-chat) · Skrin app: Inbox (LU-help-05-inbox)
Kategori tiket
Getting started, Depositing money, Withdrawing money, "My account is closed, I want to claim my funds", Security, …
Skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Skrin app: Send us a message (LU-help-07-topics)
Proses aduan rasmi
Aduan rasmi kepada Luno dihantar ke complaints@luno.com. Luno akui terima dalam 3 hari bekerja dan beri keputusan dalam 15 hari bekerja. Kalau tak puas hati, minta semakan dalam 7 hari; Complaints Manager ambil 15 hari bekerja, dan jawatankuasa sehingga 20 hari
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno: Complaints Process
Aduan luarSEMAK
Laman aduan Luno tak namakan badan luar khusus untuk Malaysia
Perlu semak: Saluran SC dah disahkan (fakta sc.complaints). Sama ada Luno ahli SIDREC (pertikaian wang bawah RM250,000) belum disahkan.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · Luno: Complaints Process
Aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC)
SC terima aduan tentang salah laku syarikat yang berlesen atau berdaftar dengan SC, dan tentang skim pelaburan atau scam tanpa lesen. Isi borang aduan SC dan hantar ke emel aduan@seccom.com.my atau melalui pos, atau call talian SC 03-6204 8999 (Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum, 9 pagi hingga 6 petang). SC tak terlibat dalam pertikaian sivil persendirian dan tak boleh jadi peguam korang
Laman SC tak sebut aset digital secara khusus, tapi Luno Malaysia berdaftar dengan SC, jadi salah laku entiti berdaftar masuk bidang aduan SC. SC tak semestinya ambil tindakan untuk setiap aduan.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · SC: Capital Market Service Related Complaints
Status sistem
Laman status.luno.com papar insiden dan penyelenggaraan Luno (contoh 29 Sep 2026: kelewatan hantar ETH/ERC-20)
Halaman rasmi + skrin app · disemak 29 Sep 2026 · Luno Status · Skrin app: Toshi status alert (LU-help-04-chat)
Luno dan SIDRECSEMAK
Belum disahkan sama ada Luno berada dalam skim SIDREC. Senarai ahli di laman SIDREC bertarikh 19 Dis 2024
Perlu semak: Senarai SIDREC mungkin lapuk; sahkan dengan SIDREC/SC sebelum tulis saluran aduan luar.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · SIDREC Members
Talian scam NSRC 997
Kalau kena scam, call NSRC (Pusat Respons Scam Kebangsaan) di talian 997, yang dibuka 24 jam setiap hari. Laman rasmi kerajaan minta mangsa call dalam masa 24 jam selepas sedar kena tipu, supaya pihak berkuasa boleh sekat akaun bank dan transaksi. Lepas tu hubungi bank korang dan buat laporan polis di balai polis terdekat
Laman rasmi senaraikan scam kripto (Bitcoin dan Ethereum) antara kes yang boleh dilapor. Laporan polis disenarai sebagai langkah berasingan; laman tu tak kata panggilan 997 dikira laporan polis.
Halaman rasmi · disemak 29 Sep 2026 · MyGOV: NSRC 997 Hotline (dikemas kini 31 Jul 2026) (dikemas kini 31 Jul 2026)

Bacaan rasmi Luno untuk topik ni

Artikel pusat bantuan Luno (English), disemak 29 Sep 2026. Kalau berbeza dengan halaman ni, ikut artikel rasmi dan beritahu daus.